Kelebihan memuliakan orang tua

TEKS BAHASA ARAB

ما أكرم شاب شيخا عند سنه، إلا قيض الله عز وجل من يكرمه عند سنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang pemuda memuliakan seorang yang tua kerana usia tuanya melainkan Allah akan jadikan untuknya orang yang akan memuliakannya ketika usia tuanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 23, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف من طريق يزيد ابن بيان العقيلي، حدثنا أبو الرحال، الأنصاري، عن أنس مرفوعاً.. فذكره قال العقيلي: يزيد ابن بيان لا يتابع عليه، ولا يعرف إلا به وقال ابن عدي: وهذا لا يعرف لأبي الرحال، عن أنس غير هذا، ولا أعلم يرويه عنه غير يزيد بن بيان.
قلت: فتتلخص علة الحديث في أمرين:
الأول: ضعف يزيد بن بيان. قال البخاري: فيه نظر. وهذا جرح شديد عنده. وقال ابن حبان : لا يجوز الاحتجاج به.
الثاني: أبو الرحال – بتشديد الراء والحاء المهملتين – اسمه خالد بن محمد الأنصاري. قال البخاري: عنده عجائب . وقال أبو حاتم: ليس بقوي، منكر الحديث . وقال ابن عدي: أنكرت عليه هذا الحديث.

Dha’if melalui sanad Yazid Ibn Bayan al-‘Uqaili, katanya Abu al-Rahhal al-Ansari telah menceritakan kepada kami daripada Anas secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-‘Uqaili berkata: “Yazid Ibn Bayan tidak ada sokongan bagi riwayat beliau dan beliau tidak dikenali melainkan dengan hadith ini”. Ibn ‘Adi pula berkata: “Tidak diketahui bagi Abi al-Rahhal daripada Anas selain hadith ini. Saya juga tidak mengetahui ada yang meriwayatkannya daripada beliau selain Yazid bin Bayan”.
Saya berkata: Sebagai kesimpulannya, ‘illah hadith tersebut terletak pada dua perkara:
Pertama: Yazid bin Bayan adalah dha’if, al-Bukhari berkata: “Padanya ada pertikaian”. Ini merupakan kritikan yang berat di sisi al-Bukhari. Ibn Hibban pula berkata: “Tidak boleh berhujjah dengan beliau”.
Kedua: Abu al-Rahhal – dengan dibaca shaddah huruf ra’ dan ha’ – nama beliau adalah Khalid bin Muhammad al-Anshari. Al-Bukhari berkata: “Beliau memiliki riwayat-riwayat yang ajaib”. Abu Hatim pula berkata: “Beliau tidak kuat”, “Munkar al-Hadith” (Perawi yang munkar hadithnya). Ibn ‘Adi juga berkata: “Aku menilai munkar terhadap beliau bagi hadith ini”.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.