TEKS BAHASA ARAB
حديث: إنه صلى الله عليه وآله وسلم أعطى رجلا عرق ذراعيه، وجعله في قارورة، حتى امتلأت، فجعل يتطيب به، فيشم منه أهل المدينة ريحا طيبة، وسموه بيت المطيبين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : Nabi SAW memberikan peluh daripada kedua lengannya kepada seorang lelaki. Lalu lelaki itu meletakkannya dalam sebuah bekas air sehingga penuh kemudian dia menggunakannya sebagai haruman lantas ia dihidu oleh penduduk madinah dengan bauan yang harum, lalu lelaki itu digelar sebagai rumah orang-orang yang berbau harum.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 323, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رَوَاهُ الْخَطِيبُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ مرفوعا، وهو موضوع.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Abu Hurairah secara marfu’. Ia adalah palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.