Kecilkanlah saiz roti dan perbanyakkanlah bilangannya

TEKS BAHASA ARAB

صغروا الخبز وأكثروا عدده يبارك لكم فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kecilkanlah saiz roti dan perbanyakkanlah bilangannya, kamu akan diberikan keberkatan kerananya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 10, hadis nombor 115. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل.
أخرجه أبو الفتح الأزدي في الضعفاء ومن طريقه ابن الجوزي في الموضوعات (2/ 292) والإسماعيلي في معجمه (ج 2/ ق 69/ 1-2) من طريق عبد الله بن إبراهيم، حدثنا جابر بن سليم الأنصاري، عن يحيى بن سعيد، عن عمرة، عن عائشة مرفوعاً به.
قال ابن الجوزي: هذا الحديث موضوع على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم والمتهم به جابر بن سليم قال أبو الفتح الأزدي: هو منكر الحديث لا يكتب حديثه أ. هـ‍. فتعقبه السيوطي في اللآلئ (2/216) بقوله: قلت: قال في اللسان. قال عبد الله بن أحمد عن أبيه: سمعت منه وهو شيخ ثقة مدني حسن الهيئة ذكره عبد الله عن أبيه في العلل (2/200. قال: وهذا الخبر منكر لا شك فيه، وقد أخرجه الإسماعيلي في معجمه من هذا الوجه فلعل الآفة ممن دونه. أ. هـ‍.
قلت: وعبد الله بن إبراهيم، لم أقطع فيه بشيء، ولكن يقع لي أنه عبد الله بن إبراهيم المؤدب، فانه في نفس الطبقة ويروي عن سويد بن سعيد. فان يكن هو فقد كذبه الدارقطني، وإن كان آخر فلم أعرفه. فلعله الآفة منه كما ذكر الحافظ وللحديث شاهد عن أبي الدرداء مرفوعا: قوتوا طعامكم يبارك لكم فيه. قوله قوتوا يعني صغروا كما نقله البزار عن شيخه وكذا رواه السلفي في الطيوريات عن الوزاعي.
أخرجه الطبراني في معجمه والبزار (ج 3/رقم 2876) من طريق بقية بن الوليد، عن أبي بكر أبي مريم، عن ضمرة بن حبيب، عن أبي الدرداء به. قال البزار: لا نعلمه يروي متصلا إلا بهذا الإسناد عن أبي الدرداء. وإسناده حسن من أسانيد أهل الشام
قلت: وهذا من الأدلة على تساهل البزار رحمه الله في النقد، فان السند ضعيف جداً وفيه علتان:
الأولى: تدليس بقية بن الوليد. وكان يدلس التسوية.
الثانية: أن أبا بكر بن أبي مريم واه كما قال الذهبي وقد تركه الدارقطني وابن حبان. وعامة أهل العلم على تضعيفه. فأنى له الحسن

Batil. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu al-Fath al-Azdi dalam al-Dhu’afa’, juga oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (2/292) daripada al-Azdi, dan al-Isma’ili dalam Mu’jam beliau (juz 2/hlm. 69/1-2) melalui sanad Abd Allah bin Ibrahim, katanya Jabir bin Salim al-Ansari telah menceritakan kepada kami daripada Yahya bin Sa’id daripada ‘Umrah daripada ‘Aishah secara marfu’ hadith tersebut. Ibn al-Jawzi berkata: "Hadith ini adalah rekaan atas nama Rasulullah SAW. Orang yang dituduh melakukannya adalah Jabir bin Salim. Abu al-Fath al-Azdi berkata: ‘Beliau seorang Munkar al-Hadith, tidak boleh ditulis hadithnya’". Al-Suyuti telah memberikan komentar terhadap Ibn al-Jawzi dalam al-La’ali (2/216), katanya: "
Saya berkata: Ibn Hajar berkata dalam al-Lisan, Abd Allah bin Ahmad berkata daripada ayahnya (Imam Ahmad): Saya telah mendengar daripada beliau (Imam Ahmad): “Beliau seorang sheikh yang thiqah, penduduk Madinah. Kondisi beliau baik’ [Abd Allah menyebutkan daripada ayahnya dalam al-'Ilal 2/200]. Kata Ibn Hajar: Hadith ini Munkar tanpa syak. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Isma’ili dalam Mu’jam beliau melalui sanad ini. Kemungkinan puncanya adalah perawi yang berada sebelum beliau".
Saya berkata: Abd Allah bin Ibrahim, saya tidak dapat memutuskan apa-apa tentang beliau, namun saya merasakan bahawa Abd Allah bin Ibrahim al-Muaddib, beliau berada pada peringkat yang sama (dengan Abd Allah bin Ibrahim seorang lagi), dan beliau turut meriwayatkan daripada Suwaid bin Sa’id. Sekiranya benar dia, maka al-Daraqutni telah menilainya sebagai pendusta. Sekiranya beliau adalah Abd Allah bin Ibrahim yang lain, maka saya tidak ketahui. Berkemungkinan punca batil hadith tersebut adalah disebabkan oleh beliau sebagaimana disebutkan oleh al-Hafiz. Hadith tersebut ada sokongan lain melalui hadith Abu al-Darda’ secara marfu’: "Qut makanan kamu, kamu akan diberikan keberkatan kerananya". [Sabda Baginda SAW: "Qut" bermaksud kecilkan sebagaimana dinukilkan oleh al-Bazzar daripada guru beliau. Demikian juga yang diriwayatkan oleh al-Silafi dalam al-Tuyuriyat daripada al-Awza'ie.
Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam Mu'jam beliau, al-Bazzar (juz 3/hadith : 2876) melalui sanad Baqiyyah bin al-Walid daripada Abu Bakr bin Abi Maryam daripada Dhamrah bin Habib daripada Abu al-Darda' hadith tersebut. Al-Bazzar berkata: "Tidak kami kerahui yang meriwayatkannya secara bersambung melainkan dengan sanad ini daripada Abu al-Darda', sanadnya hasan, termasuk dalam sanad-sanad penduduk Syam".
Saya berkata: Ini antara bukti sikap bermudah-mudah al-Bazzar RH dalam kritikan, kerana sanad tersebut terlalu dha’if, dalam sanadnya terdapat dua kecacatan:
Pertama: Tadlis oleh Baqiyyah bin al-Walid dan beliau melakukan Tadlis al-Taswiyah.
Kedua: Bakr bin Abi Maryam seorang Wahin (Terlalu Dha’if) sebagaimana kata al-Zahabi. Al-Daraqutni dan Ibn Hibban telah meninggalkan riwayat beliau. Keseluruhan ahli ilmu menilai beliau sebagai dha’if. Jadi, bagaimana ia dinilai hasan?

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs