Aku bukanlah daripada permainan dan permainan bukanlah daripadaku

TEKS BAHASA ARAB

لست من دد ولا الدد مني ولست من الباطل ولا الباطل مني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bukanlah daripada permainan dan permainan bukanlah daripadaku. Aku bukanlah daripada kebatilan dan kebatilan bukanlah daripadaku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 8, hadis nombor 111. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه البخاري في الأدب المفرد (785) والبزار (ج 3/ رقم 2402) والطبراني في الأوسط (ج 1/ رقم 415) والعقيلي (4/ 427) وابن عدي في الكامل (7/ 2698) والدولابي في الكنى1/ 179) والبيهقي (10/ 217) من طرق عن يحيى بن محمد بن قيس، سمعت عمرو بن عمرو مولى المطلب، سمعت أنس بن مالك … فذكره مرفوعاً. قال البزار: لا نعلمه يروي إلا عن أنس ولا نعلم رواه عن عمر إلا يحيى بن محمد بن قيس.
قلت: بل رواه غير أنس كما يأتي إن شاء الله تعالى. وقال الطبراني: لم يرو هذا الحديث عن عمرو بن أبي عمرو إلا أبو زكير. وقال ابن عدي: وهذا الحديث يعرف بيحيى بن قيس. وقال العقيلي: لا يتابعه عليه إلا من هو دونه.
قلت: أما يحيى بن محمد بن قيس، فكان كثير الغلط فيما يروي وضعفه ابن معين وغيره، لكن عمرو بن علي: ليس بمتروك وهو كما قال. لكن عد الأئمة هذا الحديث من منكراته كما نقل الهيثمي عن الذهبي في المجمع (8/ 226) . وهو ظاهر كلام ابن عدي وقد خالفه الدراوردي، فرواه عن عمر بن أبي عمرو عن معاوية بن أبي سفيان. فنقل الحديث من مسند أنس إلى مسند معاوية. أخرجه الطبراني في الكبير (ج 19/ رقم 794) قال: حدثنا محمد بن أحمد بن نصر، أبو جعفر الترمذي، ثنا الدراوردي به.
قلت: والدرواردي: هو عبد العزيز بن محمد وهو من رجال مسلم ولا يختلف أحد في أنه أوثق من يحيى بن محمد غير أن في السند إليه عللاً تمنع من القول بصحة هذه المخالفة.
قال الهيثمي في المجمع (8/226) : رواه الطبراني عن محمد بن أحمد بن نصر الترمذي، عن محمد بن عبد الوهاب الأزهري ولم أعرفهما وبقية رجاله ثقات.
قلت: كذا قال يرحمه الله وفي نقده خلل من وجوه:
الأول: أن محمد بن أحمد بن نصر، أبو جعفر الترمذي، معروف مشهور كان شيخ الشافعية بالعراق في وقته وقد سأل عنه الدارقطني فقال: ثقة مأمون. نقله الذهبي في السير وقال الأخ حمدي السلفي في تعليقه المعجم : وهو ثقة إلا أنه اختلط اختلاطاً عظيماً. وكان عُمر الطبراني اثنين وثلاثين سنة فالظاهر أنه روى عنه بعد اختلاطه أ. هـ‍.
قلت: نحن لا نسلم أصلاً بدعوى الاختلاط، لأننا لا نعرف من الذي نقلها، فقد قال في تاريخ بغداد (1/ 366) : وقيل كان قد اختلط في آخر عمره اختلاطاً عظيماً. وكذا نقله الذهبي في السير فمن هذا الناقل؟ ولسنا نحتج بمثل هذا النقل الواهي في تجريح الثقاة والله أعلم.
الثاني: وقوله: وبقية رجاله ثقات
قلت: كيف هذا؟ومحمد بن إسماعيل الجعفري، قال أبو حاتم: منكر الحديث. وقال أبو نعيم: متروك. وبعد كتابة ما تقدم، رأيت ابن أبي حاتم في العلل (2/266) قال: سألت أبي وأبا زرعة عن حديث رواه ابو زكير يحيى بن محمد بن قيس المدني … فساقه فقالا: هكذا رواه أبو زكير ورواه الدراوردي عن عمر عن المطلب بن عبد الله، عن معاوية بن أبي سفيان عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم. قلت لأبي زرعة أيهما عندك أشبه؟ قال: الله أعلم. ثم تفكر ساعة، فقال: حديث الدراوردي أشبه. وسألت أبي: فقال: حديث معاوية أشبه أ. هـ‍.
قلت: كذا رجح الإمامان أبو زرعة وأبو حاتم حديث الدراوردي ويغلب على ظني أنهما فعلا ذلك لترجيح الدراوردي على يحيى بن محمد لكن الشأن في الطريق إلى الدراوردي، وفيه ما ذكرته لك سلفاً إلا أن يقال: إن له طريقاً آخر إلى الدراوردي وغير طريق الطبراني. فالله أعلم.
الثالث: أن محمد بن عبد الوهاب الأزهري، وهو شيخ شيخ الطبراني لم اقطع فيه بشيء، لكنني أظنه محمد بن عبد الوهاب الحارثي وقد روى الطبراني في الكبير (ج 11/ رقم 11249) حديثاً فقال: حدثنا إبراهيم بن هاشم البغوي ثنا محمد بن عبد الوهاب الحارثي وقد قال الهيثمي في ((المجمع)) (10/ 366- 367) : محمد بن عبد الوهاب الحارثي ثقة أ. هـ‍. فيقع لي أنه هو. والله أعلم.
وللحديث شاهد جابر بن عبد الله رضى الله عنهما. أخرجه الإسماعيلي في معجمه (ج 1/ ق 9/ 2، ق 10/ 1) قال: حدثنا أبو الفضل السدوسي من حفظه إملاء، حدثني أبي، عن أبي عاصم النبيل عن ابن جريج عن أبي الزبير، عن جابر مرفوعاً.. فذكره.
قلت: شيخ الإسماعيلي وأبوه، لم أهتد إليهما وبقية رجال السند ثقات غير تدليس ابن جريج وأبي الزبير. والله أعلم.
وبالجملة: فالحديث لا يصح لضعفه من جميع طرقه. والله تعالى الموفق.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (785), al-Bazzar (juz 3/hadith : 2404), al-Tabarani dalam al-Awsat (juz 1/hadith : 415), al-‘Uqaili (4/427), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (7/2698), al-Dawlabi dalam al-Kuna (1/179) dan al-Baihaqi (10/217) melalui sanad daripada Yahya bin Muhammad bin Qais, katanya aku telah mendengar ‘Amr bin ‘Amr mawla al-Muttalib, katanya aku telah mendengar Anas bin Malik…lalu beliau menyebutkannya secara marfu’. Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahuinya diriwayatkan kecuali daripada Anas dan tidak kami ketahuinya perawi yang meriwayatkannya daripada ‘Umar selain Yahya bin Muhammad bin Qais".
Saya berkata: Bahkan hadith tersebut telah diriwayatkan selain daripada Anas sebagaimana akan datang insya Allah Ta’ala. Al-Tabarani berkata: "Hadith ini tidak diriwayatkan daripada ‘Amr bin Abi ‘Mar melainkan oleh Abu Zukair". Ibn ‘Adi pula berkata: "Hadith ini diketahui oleh Yahya bin Qais".
Al-‘Uqaili juga berkata: "Tidak ada yang menyokong beliau kecuali perawi diperingkat bawah beliau".
Saya berkata: Adapun Yahya bin Muhammad bin Qais, beliau juga banyak tersilap dalam hadith yang beliau riwayatkan. Ibn Ma’in dan lain-lain telah menilainya dha’if. Namun, ‘Amr bin ‘Ali: "Bukanlah perawi Matruk", ‘Amr sebagaimana beliau katakan. Namun, para ‘ulama menganggap hadith ini sebahagian hadith-hadith munkar beliau sebagaimana telah dinukilkan oleh al-Haythami daripada al-Zahabi dalam al-Majma’ (8/226): "Ianya zahir kalam Ibn ‘Adi. Al-Darawardi berbeza berbeza dengannya. Al-Darawardi telah meriwayatkannya daripada ‘Amr bin Abi ‘Amr daripada Mu’awiyah bin Abi Sufyan.Beliau memindahkan hadith tersebut daripada Musnad Anas ke Musnad Mu’awiyah”. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 19/hadith : 794), katanya Muhammad bin Ahmad bin Nasr Abu Ja’far al-Tirmizi elah menceritakan kepada kami, katanya al-Darawardi telah menceritakan kepada kami dengan sanadnya.
Saya berkata: al-Darawardi adalah ‘Abd al-‘Aziz bin Muhammmad, beliau salah seorang perawi Muslim. Tidak ada khilaf seorang pun bahawa beliau lebih thiqah berbanding Yahya bin Muhammad, namun sanad tersebut kepada beliau ada kecacatan yang menghalang untuk mengatakan bahawa perbezaan ini sebagai sahih. Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (8/226): "al-Tabarani telah meriwayatkannya daripada Muhammad bin Ahmad bin Nasir al-Tirmizi daripada Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab al-Azhari, saya tidak mengenali mereka berdua. Baki perawi-perawi lain adalah thiqah".
Saya berkata: Demikian kata beliau –r.a, namun dalam kritikan beliau ada beberapa kepincangan dari sudut:
Pertama: Muhammad bin Ahmad bin Nasr, Abu Ja’far al-Tirmizi adalah makruf lagi masyhur seorang Syeikh mazhab al-Shafi’ei di ‘Iraq pada zaman beliau. Al-Daraqutni pernah ditanya tentangnya, lalu jawab al-Daraqutni: "Thiqah, Ma’mun". – dinukilkan oleh al-Zahabi dalam al-Siyar (13/546). Saudara Hamdi al-Salafi berkata dalam komentar beliau bagi al-Mu’jam: "Beliau seorang yang thiqah, namun beliau mengalami kecelaruan ingatan yang besar….umur al-Tabarani ketika ini adalah 32 tahun, zahirnya al-Tabarani meriwayatkan daripada Muhammad setelah berlakunya kecelaruan hafalan".
Saya berkata: Kami tidak boleh menerima langsung dakwaan berlaku kecelaruan hafalan tersebut kerana kami tidak tahu siapakah yang menukilkannya. Al-Khatib berkata dalam Tarikh Baghdad (1/366): "Dikatakan bahawa beliau telah mengalami kecelaruan fikiran yang besar pada akhir usia beliau". Demikian juga dinukilkan oleh al-Zahabi dalam al-Siyar, namun siapakah yang menyebutkannya? Kami tidak boleh menerima hujjah seperti nukilan yang lemah ini dalam mengkritik perawi yang thiqah. Wallahua’lam.
Kedua: Kata al-Haitham: "Baki perawi-perawi lain adalah thiqah". Saya berkata: Bagaimana boleh menilai seperti ini? Sedangkan Muhammad bin Isma’il al-Ja’fari, Abu Hatim berkata: "Munkar al-Hadith". Abu Nu’aim berkata: "Matruk". Sepertimana tulisan yang lepas, saya melihat Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal (2/266), katanya: "Aku pernah bertanya ayahku dan Abu Zur’ah berkenaan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Zukair Yahya bin Muhammad bin Qais al-Madani", lalu Ibn Abi Hatim membawakan hadithnya, lalu mereka berdua berkata: "Demikian Abu Zukair riwayatkannya. Al-Darawardi turut meriwayatkannya daripada ‘Umar daripada al-Muttalib bin ‘Abdillah daripada Mu’awiyah bin Abi Sufyan daripada Nabi SAW. Saya berkata kepada Abu Zur’ah: ‘Mana satukan di sisi kamu yang betul?’, beliau menjawab: ‘Wallahua’lam’, kemudian beliau berfikir sejenak, lalu berkata: ‘Hadith al-Darawardi lebih tepat’. Aku bertanya pula ayahku, lalu beliau menjawab: ‘Hadith Mu’awiyah lebih tepat’".
Saya berkata: Demikianlah dua Imam iaitu Abu Zur’ah dan Abu Hatim menilai rajih hadith al-Darawardi, sangkaan kuat saya adalah mereka berdua melakukan sedemikian kerana menilai rajih al-Darawardi berbanding Yahya bin Muhammad. Namunn, masalahnya sanad sampai kepada al-Darawardi. Dalam sanadnya terdapat seperti yang telah saya sebutkan sebelumnya, kecuali jika dikatakan: Bahawa ada sanad lain kepada al-Darawardi yang bukan sanad al-Tabarani. Wallahua’lam.
Ketiga: Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab al-Azhari, beliau adalah guru kepada guru al-Tabarani, namun saya tidak dapat membuat apa-apa kepastian tentang beliau. Namun, saya menyangka beliau adalah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab al-Harithi. Al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 11/hadith : 11249) telah meriwayatkan satu hadith, lalu al-Tabarani berkata: "Ibrahim bin Hashim al-Baghawi telah menceritakan kepada kami, katanya Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab al-Harithi telah menceritakan kepada kami". Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (10/366-367): "Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab al-Harithi seorang yang thiqah". Maka saya merasakan al-Azhari tadi adalah beliau. Wallahua’lam.
Hadith tersebut adalah sokongan melalui hadith Jabir bin ‘Abdillah r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Isma’ili dalam Mu’jam beliau (juz 1/hlm. 9/2, hlm. 10/1), katanya: Abu al-Fadhl al-Sadusi telah menceritakan kepada kami melalui hafalan beliau secara imla’, katanya ayah saya telah menceritkan kepada saya daripada Abu ‘Asim al-Nabil daripada Ibn Juraij daripada Abu al-Zubair daripada Jabir secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Guru kepada al-Isma’ili dan ayahnya, saya tidak menemui mereka berdua, manakala baki para perawi sanad tersebut adalah thiqah, selain tadlis oleh Ibn Juraij dan Abu al-Zubair. Wallahua’lam. Kesimpulannya, hadith tersebut tidak sahih kerana dha’if melalui kesemua jalur sanadnya. Allah Ta’ala lah pemberi petunjuk.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs