Sesungguhnya hadithku ini, sebahagiannya menasakhkan sebahagian yang lain

TEKS BAHASA ARAB

إن أحاديثي ينسخ بعضها بعضا كنسخ القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ucapan-ucapanku, sebahagiannya menasakhkan sebahagian yang lain seperti nasakh yang berlaku pada Al-Quran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 11, hadis nombor 116. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه ابن شاهين في الناسخ والمنسوخ (ق 1/1) والدارقطني (4/145) ومن طريقه أبو الفتح المقدسي في تحريم نكاح المتعة (134) والحازمي في الاعتبار (ص -50) من طريق عمر بن شبة أخبرنا محمد بن الحارث الحارثي، أخبرنا محمد بن عبد الرحمن بن البيلماني، عن أبيه، عن ابن عمر مرفوعا فذكره.
قال الحازمي: إنما يعرف هذا الحديث من رواية ابن البيلماني وهو صاحب مناكير لا يتابع في حديثه.
قلت: وهذا سند ساقط مسلسل بالضعفاء. محمد بن الحارث هو ابن زياد تركه الفلاس وضعفه أبو حاتم، وقال ابن معين: ليس بثقة.
محمد بن عبد الرحمان بن البيلماني، قال البخاري وأبو حاتم والنسائي: منكر الحديث. وقال ابن حبان: حدث عن أبيه بنسخه شبيها بمائتي حديث كلها موضوعه.
وقال بندار: البلية من ابن البيلماني. وعبد الرحمن بن البيلماني لينه أبو حاتم وضعفه الدارقطني وقال: لا تقوم به حجه .
وله شاهد من حديث جابر رضي الله عنه. أخرجه الدارقطني (4/145) ومن طريقه أبو الفتح المقدسي في تحريم نكاح المتعة (135) من طريق جبرون بن واقد، حدثنا سفيان بن عيينة عن أبي الزبير عن جابر مرفوعا: كلامي لا ينسخ كلام الله وكلام الله ينسخ كلامي، وكلام الله ينسخ بعضه بعضا.
قلت: وسنده تأليف. وآفته: جبرون بن واقد الإفريقي.
قال الذهبي: متهم فإنه روى بقلة حياء عن سفيان عن أبي الزبير عن جابر مرفوعا: كلام الله ينسخ كلامي…وهو موضوع. أ. هـ‍.
والحق أن السنة تنسخ القرآن، وأعني بها السنة المشهورة وقال بعض العلماء: إن أحاديث الآحاد تنسخ القرآن وهذا القول فيه خلاف طويل. فمذهب الحنفية يأباه، والمشهور من مذهب الشافعي أن القرآن لا ينسخ بالسنة وكذلك رواية عن أحمد. وللمسألة تفصيل في كتب أصول الفقة.

Mawdhu’ (Palsu). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Shahih dalam al-Nasaikh Wa al-Mansukh (hlm. 1/1), al-Daraqutni (4/145), juga Abu al-Fath al-Maqdisi dalam Tahrim Nikah al-Mut’ah (134) daripada al-Daraqutni, dan al-Hazimi dalam al-I’tibar (hlmn 50) melalui sanad ‘Umar bin Shabbah, katanya Muhammad bin al-Harith al-Harithi telah khabarkan kepada kami, katanya Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Bailamani telah khabarkan kepada kami daripada ayahnya daripada Ibn ‘Umar secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Al-Hazimi berkata: "Hadith ini hanya diketahui melalui riwayat Ibn al-Bailamani, beliau pemilik riwayat-riwayat munkar, tidak ada sokongan bagi hadith beliau".
Saya berkata: Sanad ini saqit (terlalu dha’if) kerana terdapat rantaian para perawi dha’if. Muhammad bin al-Harith adalah Ibn Ziyad, al-Fallas telah meninggalkan riwayat beliau. Abu Hatim pula menilai beliau sebagai dha’if. Ibn Ma’in berkata: "Beliau tidak thiqah". Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Bailamani pula, al-Bukhari, Abu Hatim dan al-Nasa’ei juga menilai beliau sebagai Munkar al-Hadith. Ibn Hibban berkata: "Beliau telah meriwayatkan hadith daripada ayahnya melalui nuskhah yang mengandungi lebih kurang 200 hadith, kesemuanya palsu".
Bundar berkata: "Kerosakan hadith berpunca daripada Ibn al-Bailamani". ‘Abd al-Rahman bin al-Bailamani, beliau telah dinilai lemah oleh Abu Hatim dan dinilai dha’if oleh al-Daraqutni, seraya bertaka: "Tidak boleh dijadikan hujjah". Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Jabir RA. Ianya juga telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (4/145), juga oleh Abu al-Fattah al-Maqdisi dalam Tahrim Nikah al-Mut’ah (135) daripada al-Daraqtuni, melalui sanad Jubrun bin Waqid, katanya Sufyan bin ‘Uyainah telah menceritakan kepada kami daripada Abu al-Zubair daripada Jabir secara marfu’: "Kalamku tidak boleh menasakhkan kalam Allah, sedangkan kalam Allah boleh menasakhkan kalamku. Kalam Allah juga boleh menasakhkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain".
Saya berkata: Sanadnya talif (rosak). Puncanya adalah Jubrun bin Waqid al-Ifriqi. Al-Zahabi berkata: "Beliau seorang yang didakwa melakukan pendustaan, beliau tanpa segan silu meriwayatkan daripada Sufyan daripada Abu al-Zubair daripada Jabir secara marfu’: ‘Kalam Allah boleh menasakhkan kalamku…..’, ianya hadith palsu". Sebetulnya, sunnah boleh menasakhkan al-Qur’an, saya maksudkan adalah sunnah yang masyhur (mutawatir). Sebahagian ulama berkata: "Sesungguhnya hadith-hadith ahad boleh menasakhkan al-Qur’an", ianya pendapat yang panjang khilaf tentangnya.
Mazhab al-Hanafiyyah jelas tentang ini, manakala pandangan yang masyhur dalam mazhab al-Shafi’ei pula adalah al-Qur’an tidak boleh dinasakhkan dengan sunnah. Demikian juga satu riwayat daripada Ahmad. Permasalahan ini dibahaskan terperinci dalam kitab-kitab Usul al-Fiqh.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs