Kaum Anṣār apabila terdapat kematian dalam kalangan mereka, mereka akan sentiasa mengunjungi kubur si mati

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كانت الأنصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرءون عنده القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kaum Anṣār apabila terdapat kematian dalam kalangan mereka, mereka akan sentiasa mengunjungi kubur si mati dan membaca al-Quran di sampingnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai yang diselia oleh Dr. Faisal Ahmad Shah dalam Disertasi Universiti Malaya bertajuk Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan, di halaman 86, hadis nombor 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Diriwayatkan Abū Bakr al-Khalīl daripada jalan Sufyān bin Wakī‘ katanya Ḥafṣ menceritakan kepada kami daripada Mujālid daripada al-Sha‘bī.
Pada sanad ini terdapat:
1. Sufyān bin Wakī‘ bin al-Jarāḥ al-Ru’āsī Abū Muḥammad al-Kūfī: Beliau memasukkan dalam catatannya selain daripada hadithnya. Beliau telah dinasihati tetapi tidak dihiraukan. Lalu hadithnya digugurkan. Al-Bukhārī, Abū Zur‘ah, Abū Ḥātim, Ibn Ḥibbān dan Ibn ‘Adī juga mengisyaratkan sedemikian. Tambah Ibn Ḥibbān, beliau merupakan seorang syaikh, fāḍil dan ṣadūq. Abū Zur‘ah pula mengambil berat dengan pendustaannya. Al-Nasāie berpandangan laisa bi shai’.
2. Mujālid bin Sa‘īd al-Hamdānī al-Kūfī: Beliau merupakan laisa bi al-qawiy.
Ibn Abū Shaibah menyebut dalam Muṣannaf pada tajuk Mā Yuqāl ‘Inda al-Marīḍ Idhā Ḥuḍir daripada Ḥafṣ dengan sanad yang sama dengan lafaz: Kaum Anṣār membaca di sisi jenazah surah al-Baqarah. Al-Albānī berkata, zahirnya athar ini bukanlah mengenai membaca di kubur tetapi ketika tenat.
Hadith ini daif kerana Sufyān bin Wakī‘ dan Mujālid telah dikenalpasti sebagai perawi yang lemah.

RUJUKAN

Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai. (2020). Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan. Universiti Malaya.

MAKLUMAN

Maklumat ini adalah hasil sumbangan penulis iaitu Saudari Nur Farha dan para dermawan seperti Saudara Satar @ Iskandar Bin Samat dan lain-lain, melalui Tabung Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.