Suatu hari, Marwān mendapati seorang lelaki meletakkan mukanya di atas kubur

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حدثنا عبد الملك بن عمرو، حدثنا كثير بن زيد، عن داود بن أبي صالح، قال: أقبل مروان يوما فوجد رجلا واضعا وجهه على القبر، فقال: أتدري ما تصنع؟ فأقبل عليه فإذا هو أبو أيوب، فقال: نعم، جئت رسول الله صلى الله عليه وسلم ولم آت الحجر، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لا تبكوا على الدين إذا وليه أهله، ولكن ابكوا عليه إذا وليه غير أهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

‘Abd al-Mulk bin ‘Amr telah menceritakan kepada kami, Kathīr bin Zayd telah menceritakan kepada kami, daripada Dāwūd bin Abū Ṣāliḥ, katanya: Suatu hari, Marwān mendapati seorang lelaki meletakkan mukanya di atas kubur. Maka dia berkata: Adakah kamu tahu apa yang sedang kamu lakukan? Dia adalah Abū Ayyūb dan dia menghadapnya lalu menjawab: Ya. Aku mendatangi Rasulullah s.a.w dan bukan mendatangi batu. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu menangisi agama apabila ahlinya telah menguruskannya, akan tetapi tangisilah apabila tiada lagi ahli yang menguruskannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai yang diselia oleh Dr. Faisal Ahmad Shah dalam Disertasi Universiti Malaya bertajuk Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan, di halaman 87, hadis nombor 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Diriwayatkan dalam Musnad Aḥmad dan Mustadrak al-Ḥākim melalui jalan ‘Abd al-Malik bin ‘Amr Abū ‘Āmir al-‘Aqdī daripada Kathīr bin Zayd daripada Dāwūd bin Abū Sāliḥ dengannya.
Pada sanad ini terdapat:
1. Kathīr bin Zayd al-Aslamī Abū Muḥammad al-Madanī: Menurut Ibn Ma‘īn dalam riwayatnya sebagai thiqah. Imam Aḥmad berkata, tidaklah aku melihatnya ba’s. Ibn Ḥibbān turut menyebutnya dalam al-Thiqāt. Al-Nasāie menyatakan beliau adalah daif. Ya‘qūb bin Shaibah, Abū Zur‘ah dan Abū Ḥātim melayyinkannya. Menurut al-Dhahabī pula ṣuwailiḥ padanya layyin. Ibn Ḥajar menyatakannya ṣadūq yakhṭī’ dan layyin.
2. Dāwūd bin Abū Sāliḥ: Ibn Abū Ḥātim menyebutnya dalam al-Jarḥ wa al-Ta‘dīl, katanya, diriwayatkan daripada Abū Ayyūb yang diriwayatkannya daripada Kathīr bin Zayd. Beliau mendengar bapanya berkata sedemikian. Al-Dhahabī pula tidak mengenalinya, namun Ibn Ḥajar menyatakannya maqbūl.
Oleh itu, sanad tersebut adalah daif. Kisah yang disebutkan padanya itu adalah munkar. Al-Haithamī menyatakan padanya terdapat Kathīr bin Zayd yang dithiqahkan Aḥmad dan lain-lain serta didaifkan al-Nasāie dan selainnya. Padanya juga terdapat Dawūd bin Abū Sāliḥ yang tidak dikenali. Menurut al-Albānī beliau adalah daif.
Hadith ini daif kerana Kathīr bin Zayd dan Dāwūd bin Abū Ṣāliḥ diklasifikasikan lemah.

RUJUKAN

Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai. (2020). Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan. Universiti Malaya.

MAKLUMAN

Maklumat ini adalah hasil sumbangan penulis iaitu Saudari Nur Farha dan para dermawan seperti Saudari Aini Rahim dan lain-lain, melalui Tabung Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.