Jika mati salah seorang daripada kamu maka kebumikanlah ia, lalu berdirilah salah seorang dari kamu di sisi kepalanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا مات الرجل منكم فدفنتموه فليقم أحدكم عند رأسه، فليقل: يا فلان ابن فلانة! فإنه سيسمع، فليقل: يا فلان ابن فلانة! فإنه سيستوي قاعدا، فليقل: يا فلان ابن فلانة، فإنه سيقول: أرشدني أرشدني رحمك الله، فليقل: اذكر ما خرجت عليه من دار الدنيا: شهادة أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن الساعة آتية لا ريب فيها، وأن الله يبعث من في القبور، فإن منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول له: ما نصنع عند رجل قد لقن حجته؟ فيكون الله حجيجهما دونه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika mati salah seorang daripada kamu maka kebumikanlah ia, lalu berdirilah salah seorang dari kamu di sisi kepalanya dan berkata: Wahai fulan atau fulanah! Kerana dia akan mendengar. Katakanlah lagi: Wahai Fulan atau Fulanah! Dan sesungguhnya dia akan duduk. Katakanlah: Wahai Fulan dan Fulanah! Maka dia akan berkata: Berilah aku petunjuk, berilah aku petunjuk semoga Allah merahmatimu. Lalu katakanlah: Sebutlah apa yang telah kau bawa keluar daripada dunia: Syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya serta pesuruh-Nya. Sesungguhnya hari kiamat itu datang tanpa diragukan dan Allah akan membangkitkan sesiapa yang berada di dalam kubur, sesungguhnya malaikat Munkar dan Nakir keduanya akan mengambil tangan mereka dan berkata padanya: Apakah yang patut kita lakukan kepada orang yang telah memberikan hujahnya? Allah akan menjadi penghujah kepada kedua mereka (malaikat) selain dirinya (mayat tersebut).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1719, hadis nombor 8643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن سعيد الأزدي قال: " دخلت على أبي أمامة الباهلي وهو في النزع، فقال لي: يا أبا سعيد إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا فإنه قال: " إذا مات الرجل منكم فدفنتموه فليقم أحدكم عند رأسه، فليقل: يا فلان ابن فلانة! فإنه سيسمع، فليقل: يا فلان ابن فلانة! فإنه سيستوي قاعدا، فليقل: يا فلان ابن فلانة، فإنه سيقول: أرشدني أرشدني رحمك الله، فليقل: اذكر ما خرجت عليه من دار الدنيا: شهادة أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن الساعة آتية لا ريب فيها، وأن الله يبعث من في القبور، فإن منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول له: ما تصنع عند رجل قد لقن حجته؟ فيكون الله حجيجهما دونه." [الخلعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة))(599)].

(Munkar)
Daripada Jabir Bin Sa’id al-Azadi beliau berkata: Aku datang kepada Abi Umamah al-Bahili dan ketika itu beliau sedang nazak. Beliau berkata kepadaku: Wahai Abu Sa’id jika aku mati maka uruskanlah aku sepertimana Rasulullah SAW telah menyuruh kita untuk uruskan orang-orang yang mati. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: ((Jika mati salah seorang daripada kamu maka kebumikanlah ia, lalu berdirilah salah seorang dari kamu di sisi kepalanya dan berkata: Wahai fulan atau fulanah! Kerana dia akan mendengar. Katakanlah lagi: Wahai Fulan atau Fulanah! Dan sesungguhnya dia akan duduk. Katakanlah: Wahai Fulan dan Fulanah! Maka dia akan berkata: Berilah aku petunjuk, berilah aku petunjuk semoga Allah merahmatimu. Lalu katakanlah: Sebutlah apa yang telah kau bawa keluar daripada dunia: Syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya serta pesuruh-Nya. Sesungguhnya hari kiamat itu datang tanpa diragukan dan Allah akan membangkitkan sesiapa yang berada di dalam kubur, sesungguhnya malaikat Munkar dan Nakir keduanya akan mengambil tangan mereka dan berkata padanya: Apakah yang patut kita lakukan kepada orang yang telah diberikan hujahnya? Allah akan menjadi penghujahnya kepada kedua mereka (malaikat) selain dirinya sendiri (mayat tersebut).
[Riwayat al-Khila'i di dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 599].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.