Tidak ada mayat dalam kuburnya melainkan seperti orang yang tenggelam yang meminta pertolongan

TEKS BAHASA ARAB

ما الميت في قبره إلا كالغريق المستغيث ينتظر دعوة تلحقه من أب أو أم أو أخ أو صديق، فإذا لحقته كانت أحب أليه من الدنيا وما فيها، وإن الله عز وجل ليدخل على أهل القبور من دعاء أهل الدور أمثال الجبال، وإن هدية الأحياء إلى الأموات الاستغفار

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada mayat di dalam kubur melainkan ia seperti orang yang tenggelam yang meminta pertolongan. Mayat di dalam kubur juga menantikan doa yang disampaikan untuknya daripada bapa, ibu, saudara atau kawannya. Jika doa tersebut mengiringinya maka ia akan lebih disukai daripada dunia dan seisinya. Sesungguhnya Allah azza wa jalla akan menghantar kepada ahli kubur ini doa orang sekeliling umpama gunung. Dan sesungguhnya hadiah orang yang hidup bagi orang yang mati adalah dengan istighfar (permohonan keampunan).

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1721, hadis nombor 8652. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ما الميت في قبره إلا كالغريق المستغيث ينتظر دعوة تلحقه من أب أو أم أو أخ أو صديق، فإذا لحقته كانت أحب أليه من الدنيا وما فيها، وإن الله عز وجل ليدخل على أهل القبور من دعاء أهل الدور أمثال الجبال، وإن هدية الأحياء إلى الأموات الاستغفار.)) [الضياء في ((المنتقى من حديث الأمير أبي أحمد زغيره))، وفي ((السنن))، ((الضعيفة))(799)].

(Sangat Munkar)
Daripada Ibn Abbas RHUMA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Tidak ada mayat di dalam kubur melainkan ia seperti orang yang tenggelam yang meminta pertolongan. Mayat di dalam kubur juga menantikan doa yang disampaikan untuknya daripada bapa, ibu, saudara atau kawannya. Jika doa tersebut mengiringinya maka ia akan lebih disukai daripada dunia dan seisinya. Sesungguhnya Allah azza wa jalla akan menghantar kepada ahli kubur doa orang sekelilingnya umpama gunung. Dan sesungguhnya hadiah orang yang hidup bagi orang yang mati adalah dengan istighfar (permohonan keampunan).
[Riwayat al-Dhiya di dalam al-Muntaqa daripada hadith al-Amir Abi Ahmad dan lainnya dan di dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 799].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.