TEKS BAHASA ARAB
لا تتمارضوا فتمرضوا، ولا تحفروا قبوركم، فتموتوا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kamu berpura-pura sakit maka kamu akan sakit dan janganlah menggali kubur kamu, maka kamu akan mati.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718, hadis nombor 8640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((لا تتمارضوا فتمرضوا، ولا تحفروا قبوركم، فتموتوا.)) [ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة))(259)].
(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RHUMA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Janganlah kamu berpura-pura sakit maka kamu akan benar-benar sakit dan janganlah menggali kubur kamu, maka kamu akan mati.))
[Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 259].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.