Apabila salah seorang daripada kamu menulis sesuatu kitab

TEKS BAHASA ARAB

إذا كتب أحدكم كتابا فلا يكتب عليه: بلغ، فإنه اسم شيطان، ولكن يكتب عليه: الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kamu menulis sesuatu kitab maka jangan ditulis padanya perkataan ‘Balagh’ kerana ia adalah nama Syaitan. Tetapi tulislah padanya perkataan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 54-55, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، كذا في (اللآلىء).

Mawdu’ (Palsu). Begitu juga dalam (kitab) Al-Laali’.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs