Jika kamu berada di dalam air, maka jangan kedekut dengan air

TEKS BAHASA ARAB

إذا كنت على الماء فلا تبخل بالماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu berada di dalam air, maka jangan kedekut dengan air.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 55, hadis nombor 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لم أقف عليه.

Al-Sakhawi berkata: Aku tidak menjumpainya (sumbernya).

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.