Aku telah mendengar Jibril berkata sewaktu tangan beliau

TEKS BAHASA ARAB

حديث: سمعت جبريل ويده على كتفي، سمعت إسرافيل ويده على كتفي، سمعت القلم يقول: سمعت اللوح يقول: سمعت الله فوق العرش يقول للشيء: كن، فلا يبلغ الكاف النون، إلا ويكون الذي يكون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku telah mendengar Jibril berkata sewaktu tangan beliau berada pada bahuku (kata Jibril): Aku mendengar Israfil berkata ketika tangan beliau berada pada bahuku (kata Israfil): Aku mendengar Qalam berkata: Aku mendengar Lauh Mahfuz berkata: Aku mendengar Allah dari atas ‘Arasy berfirman kepada sesuatu: Jadilah (kun). Sebelum huruf kaf bersambung dengan nun, sesuatu itu telah menjadi.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 98, hadis nombor 255. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هكذا وقع لنا مسلسلا ولا شبهة في صحة معناه، وأما المتن والتسلسل فقد صرح السخاوي ببطلانه.

Demikianlah yang terdapat pada kami secara Musalsal dan tidak ada keraguan terhadap kesahihan maknanya. Adapun matan dan sanad musalsal bagi hadith ini menurut penegasan al-Sakhawi adalah batil.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.