TEKS BAHASA ARAB
إذا ابتاع أحدكم الجارية، فليكن أول ما يطعمها الحلوى، فإنها أطيب لنفسها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika salah seorang dari kamu membeli hamba perempuan, maka pastikan makanan pertama yang dijamahnya adalah manisan kerana ia baik untuk dirinya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 600, hadis nombor 3102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا ابتاع أحدكم الجارية، فليكن أول ما يطعمها الحلوى، فإنها أطيب لنفسها)). [طس، ((الضعيفة)) (2053، 2340)].
(Sangat lemah)
Daripada Muaz bin Jabal RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Jika salah seorang dari kamu membeli hamba perempuan, maka pastikan makanan pertama yang dijamahnya adalah manisan kerana ia baik untuk dirinya.))
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2053, 2340].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.