Jika Allah mahu sesuatu keburukan kepada hamba-Nya, Allah akan memberikannya batu bata dan tanah sehingga dia membina (bangunan)

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد الله بعبد شرا ‌خضر ‌له في اللبن والطين حتى يبني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah mahu sesuatu keburukan kepada hamba-Nya, Allah akan memberikannya batu bata dan tanah sehingga dia membina (bangunan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 600, hadis nombor 3103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا أراد الله بعبد شرا ‌خضر ‌له في اللبن والطين حتى يبني)). [طب، طس، طص، خط، ((الضعيفة)) (2294)].

(Lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Jika Allah mahu sesuatu keburukan kepada hamba-Nya, Allah akan memberikannya batu bata dan tanah sehingga dia membina (bangunan).))
[Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Mu’jam al-Awsat dan Mu’jam al-Saghir dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2294].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.