TEKS BAHASA ARAB
يدخل فقراء المسلمين الجنة قبل الأنبياء بأربعين خريفا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang muslim yang fakir akan memasuki syurga 40 tahun sebelum para Nabi.
STATUS
Batil dengan lafaz ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 600, hadis nombor 3101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل بهذا اللفظ) عن جابر بن عبد الله الأنصاري – رضي الله عنهما -، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((يدخل فقراء المسلمين الجنة قبل الأنبياء بأربعين خريفا)). [حم، ((الضعيفة)) (1926)].
(Batil dengan lafaz ini)
Daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Orang muslim yang fakir akan memasuki syurga 40 tahun sebelum para Nabi.))
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1926].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.