TEKS BAHASA ARAB
إذا اغتاب أحدكم أخاه فليستغفر الله له، فإن ذلك كفارة له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu melakukan umpatan terhadap saudara kamu maka hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah baginya, kerana ia boleh menjadi kafarah baginya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 777, hadis nombor 3977. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سهل بن سعد – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ : ((إذا اغتاب أحدكم أخاه فليستغفر الله له، فإن ذلك كفارة له)). [عد، السكن بن جميع في ((حديثه))، الواحدي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (1518)]
(Palsu) Daripada Sahl bin Saad RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu melakukan umpatan terhadap saudara kamu maka hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah baginya, kerana ia boleh menjadi kafarah baginya. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', al-Sakan bin Jami dalam hadisnya, al-Wahidi dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1518]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.