TEKS BAHASA ARAB
إذا خفيت الخطيئة لم يضر إلا صاحبها، فإذا ظهرت فلم تغير ضرت العامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika disembunyikan maksiat maka ia hanya akan memudaratkan pelakunya, namun jika ia ditonjolkan dan tidak diubah maka ia akan memberikan mudarat kepada semua.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 777, hadis nombor 3978. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا خفيت الخطيئة لم يضر إلا صاحبها، فإذا ظهرت فلم تغير ضرت العامة)). [ابن أبي الدنيا في ((العقوبات))، طس، ((الضعيفة)) (1612)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Jika disembunyikan maksiat maka ia hanya akan memudaratkan pelakunya, namun jika ia ditonjolkan dan tidak diubah maka ia akan memberikan mudarat kepada semua. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Uqubat, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1612]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.