TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا حدثتم عني بحديث يوافق الحق. فخذوا به حدثت أولم أحدث.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Jika kamu diberitahu daripadaku satu hadith yang menepati kebenaran, maka ambillah tidak kira samada aku katakan atau yang tidak aku katakan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 278, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا. وقال له إسناد لا يصح. وفي الهاشية: في سنده أشعث بن براز، وهو متروك
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ dan beliau berkata, "sanad hadith ini tidak sahih." Dalam nota kaki disebutkan: dalam sanadnya ada Asy’ats bin Baraz, dia matruk (perawi dhaif yang bercanggah dengan perawi sahih atau perawi yang dituduh berdusta)
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.