TEKS BAHASA ARAB
لا تجلسوا مع كل عالم، إلا عالما يدعوكم من خمس إلى خمس: من الشك إلى اليقين. ومن العداوة إلى النصيحة. ومن الكبر إلى التواضع، ومن الرثاء إلى الإخلاص، ومن الرغبة إلى الزهد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : Janganlah kamu duduk bersama setiap orang alim melainkan orang alim yang menyeru kamu dari lima perkara kepada lima perkara; daripada syak kepada yakin, daripada pemusuhan kepada nasihat, daripada sombong kepada tawaduk, daripada riyak kepada ikhlas dan daripada cintakan dunia kepada sifat zuhud.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 278, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه أبو نعيم عن جابر مرفوعا، وهو موضوع. وقال أبو نعيم: كان شقيق يعظ أصحابه. فقال هذا: فوهم الرواة فيه، وقد ذكر له في اللآلىء طرقا.
Abu Nuaim meriwayatkan daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan hadith ini palsu. Abu Nuaim berkata, "sebenarnya Syaqiq menasihati sahabatnya, lalu ini kata-kata beliau. Namun para periwayat telah terkeliru (menyangkanya hadith). Al-Suyuthi di dalam al-La’ali menyebutkan daripadanya dengan beberapa jalan periwayatan.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.