Jika datang hari Arafah, Allah turun ke langit dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم عرفة، إن الله ينزل إلى السماء الدنيا. فيباهي بهم الملائكة فيقول: انظروا إلى عبادي أتوني شعثا غبرا ضاحين من كل ‌فج ‌عميق، أشهدكم أني قد غفرت لهم، فتقول الملائكة: يا رب فلان كان يرهق، وفلان وفلانة، قال: يقول الله – عز وجل -: قد غفرت لهم. قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: فما من يوم أكثر عتيق من النار من يوم عرفة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika datang hari Arafah, Allah turun ke langit dunia. Lalu Allah berbangga dengan mereka kepada malaikat dan berkata: “Lihatlah hambaku, mereka datang kepadaku dalam keadaan penuh debu dari pelbagai pelosok bumi. Aku bersaksi di hadapan kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka.” Lalu malaikat berkata: Wahai Tuhan, fulan pernah menderhaka. Fulan dan Fulanah pula sekian-sekian. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku telah mengampuni mereka. Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada hari yang mana Allah bebaskan hamba-Nya dari api neraka lebih daripada hari Arafah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 729, hadis nombor 3717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا كان يوم عرفة، إن الله ينزل إلى السماء الدنيا. فيباهي بهم الملائكة فيقول: انظروا إلى عبادي أتوني شعثا غبرا ضاحين من كل ‌فج ‌عميق، أشهدكم أني قد غفرت لهم، فتقول الملائكة: يا رب فلان كان يرهق، وفلان وفلانة، قال: يقول الله – عز وجل -: قد غفرت لهم. قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: فما من يوم أكثر عتيق من النار من يوم عرفة)). [ابن منده في ((التوحيد))، أبو الفرج الثقافي في ((الفوائد))، البغاوي في ((شرح السنة))، ((الضعيفة)) (679)]

(Lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika datang hari Arafah, Allah turun ke langit dunia. Lalu Allah berbangga dengan mereka kepada malaikat dan berkata: “Lihatlah hambaku, mereka datang kepadaku dalam keadaan penuh debu dari pelbagai pelosok bumi. Aku bersaksi di hadapan kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka.” Lalu malaikat berkata: Wahai Tuhan, fulan pernah menderhaka. Fulan dan Fulanah pula sekian-sekian. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku telah mengampuni mereka. Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada hari yang mana Allah bebaskan hamba-Nya dari api neraka lebih daripada hari Arafah.
[Riwayat Ibn Mandah dalam al-Tauhid, Abu al-Faraj al-Thaqafi dalam al-Fawaid dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 679]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.