TEKS BAHASA ARAB
إذا كان عشية عرفة هبط الله – عز وجل – إلى السماء الدنيا فيطلع إلى أهل الموقف: مرحبا بزواري والوافدين إلى بيتي، وعزتي لأنزلن إليكم ولأساوي مجلسكم بنفسي، فينزل إلى عرفة فيعمهم بمغفرته ويعطيهم ما يسألون إلا المظالم، ويقول: يا ملائكتي أشهدكم أني قد غفرت لهم، ولا يزال كذلك إلى أن تغيب الشمس، ويكون إمامهم إلى المزدلفة، ولا يعرج إلى السماء تلك الليلة، فإذا أشعر الصبح وقفوا عند المشعر الحرام غفر لهم حتى المظالم، ثم يعرج إلى السماء وينصرف الناس إلى منى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika tiba waktu petang hari Arafah, Allah SWT akan turun ke langit dunia untuk melihat orang yang berada di sana: Selamat datang kepada pelawat dan pengunjung rumahku. Demi keagungan-Ku aku akan turun kepadamu dan aku akan membetulkan tempat duduk kamu sendiri, lalu Dia turun ke Arafah dan memberikan mereka keampunan dan memberikan apa yang mereka minta kecuali sesuatu yang bersifat kezaliman. Lalu Dia berkata: Wahai Malaikat-Ku, aku bersaksi ke atas kamu bahawa aku telah mengampunkan mereka. Ia berterusan sebegitu sehinggalah matahari hilang. Dia memimpin mereka ke Muzdalifah. Dia juga tidak naik ke langit pada malam tersebut. Jika datang waktu Subuh mereka berkumpul di al-Masy’ar al-Haram, Allah mengampunkan mereka walaupun kezaliman, kemudian Dia naik ke langit dan manusia bersurai dari Mina.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 728, hadis nombor 3716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة الباهلي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا كان عشية عرفة هبط الله عز وجل إلى السماء الدنيا فيطلع إلى أهل الموقف: مرحبا بزواري والوافدين إلى بيتي، وعزتي لأنزلن إليكم ولأساوي مجلسكم بنفسي، فينزل إلى عرفة فيعمهم بمغفرته ويعطيهم ما يسألون إلا المظالم، ويقول: يا ملائكتي أشهدكم أني قد غفرت لهم، ولا يزال كذلك إلى أن تغيب الشمس، ويكون إمامهم إلى المزدلفة، ولا يعرج إلى السماء تلك الليلة، فإذا أشعر الصبح وقفوا عند المشعر الحرام غفر لهم حتى المظالم، ثم يعرج إلى السماء وينصرف الناس إلى منى)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (770)]
(Palsu)
Daripada Abu Umamah al-Bahili RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika tiba waktu petang hari Arafah, Allah SWT akan turun ke langit dunia untuk melihat orang yang berada di sana: Selamat datang kepada pelawat dan pengunjung rumahku. Demi keagungan-Ku aku akan turun kepadamu dan aku akan membetulkan tempat duduk kamu sendiri, lalu Dia turun ke Arafah dan memberikan mereka keampunan dan memberikan apa yang mereka minta kecuali sesuatu yang bersifat kezaliman. Lalu Dia berkata: Wahai Malaikat-Ku, aku bersaksi ke atas kamu bahawa aku telah mengampunkan mereka. Ia berterusan sebegitu sehinggalah matahari hilang. Dia memimpin mereka ke Muzdalifah. Dia juga tidak naik ke langit pada malam tersebut. Jika datang waktu Subuh mereka berkumpul di al-Masy’ar al-Haram, Allah mengampunkan mereka walaupun kezaliman, kemudian Dia naik ke langit dan manusia bersurai dari Mina.
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 770]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.