TEKS BAHASA ARAB
إن لإبليس مردة من الشياطين يقول لهم: عليكم بالحجاج والمجاهدين فأضلوهم عن السبيل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya dalam kalangan Iblis ada syaitan yang ganas dan mereka berkata (kepada syaitan-syaitan lain): Hendaklah kamu menyesatkan para jemaah haji dan juga golongan mujahidin dari jalan sebenar.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 729, hadis nombor 3718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن لإبليس مردة من الشياطين يقول لهم: عليكم بالحجاج والمجاهدين فأضلوهم عن السبيل)). [طب، ابن شاهين في ((رباعياته))، زاهر الشحامي في ((السباعيات))، ابن عساكر في ((التجريد))، ((الضعيفة)) (680)]
(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya dalam kalangan Iblis ada syaitan yang ganas dan mereka berkata (kepada syaitan-syaitan lain): Hendaklah kamu menyesatkan para jemaah haji dan juga golongan mujahidin dari jalan sebenar.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Syahin dalam Ruba’iyyatih, Zahir al-Syahami dalam al-Siba’iyyat dan Ibn Asakir dalam al-Tajrid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 680]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.