Jika berasa alpa dan sedih maka ucapkanlah sebanyak tujuh kali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اذا أصاب أحدكم هم أو حزن، فليقل سبع مرات: الله ربى لا أشرك به شيئا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang daripada kamu berasa alpa dan sedih, maka ucapkanlah sebanyak tujuh kali: Allah Tuhanku dan tidak aku menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1523, hadis nombor 7743. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة (السبع))
عن عمر بن عبد العزيز، قال: جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم أهل بيته فقال: ((اذا أصاب أحدكم هم أو حزن، فليقل سبع مرات: الله ربى لا أشرك به شيئا)). [النسائي، ((الضعيفة)) (5603)].

(Munkar dengan penambahan tujuh)
Daripada ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, beliau berkata: Bahawa Rasulullah SAW mengumpulkan ahli rumahnya lalu baginda bersabda: “Jika salah seorang daripada kamu berasa alpa dan sedih maka ucapkanlah sebanyak tujuh kali: Allah Tuhanku dan tidak aku menyekutukan-Nya dengan sesuatu.” [Riwayat al-Nasa'i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5604]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.