TEKS BAHASA ARAB
ليس للنساء في الجنازة نصيب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada bahagian bagi wanita di dalam jenazah.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1751, hadis nombor 8826. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-: أن النبي – صلى الله عليه وسلم – لعن النائحة والمستمعة، وقال: ((ليس للنساء في الجنازة نصيب)). [البزار، ((الضعيفة))(5007)].
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA: “Bahawa Nabi SAW melaknat orang yang meratap dan mendengarkan (ratapan). Baginda berkata: Tidak ada bahagian bagi wanita di dalam jenazah.”
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5007].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.