Diletakkan dia di antara-Nya dan Jibril serta diberi syafaat buat umatnya

TEKS BAHASA ARAB

في قول الله عز وجل: {عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا} . قال: يجلسه فيما بينه وبين جبريل، ويشفع لأمته، فذلك المقام المحمود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada firman Allah SWT: “Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” [Surah al-Isra’: 79] Telah berkata: Diletakkan dia di antara-Nya dan Jibril serta diberi syafaat buat umatnya. Itu merupakan kedudukan yang terpuji.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1521, hadis nombor 7737. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: ((في قول الله عز وجل: {عسى أن يبعثك ربك مقاماً محموداً}. قال: يجلسه فيما بينه وبين جبريل، ويشفع لأمته، فذلك المقام المحمود)). [طب، ((الضعيفة)) (5008)].

(Batil)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: “Pada firman Allah SWT: “Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” [Surah al-Isra’: 79] Telah berkata: Diletakkan dia di antara-Nya dan Jibril serta diberi syafaat buat umatnya. Itu merupakan kedudukan yang terpuji.” [Riwayat al-Tabarani Fi al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5008]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.