Jihad itu ada empat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الجهاد أربع: أمر بالمعروف، ونهي عن المنكر، والصدق في مواطن الصبر، وشنآن المنافقين، فمن أمر بالمعروف شد عضد المؤمنين، ومن نهى عن المنكر أرغم أنف الفاسقين، ومن صدق في مواطن الصبر فقد قضى ما عليه، ومن شنأ الفاسقين غضب لله، وغضب الله له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jihad itu ada empat: Menyuruh ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, bersikap jujur pada tempat-tempat (yang memerlukan) kesabaran, dan kebencian terhadap golongan munafik. Sesiapa yang menyuruh kepada kebaikan, dia akan menguatkan anggota golongan beriman. Dan sesiapa yang mencegah kemungkaran dia akan membinasakan golongan yang fasik. Sesiapa yang jujur pada tempat-tempat (yang menuntut) sabar, sesungguhnya dia telah menyelesaikan tanggungjawabnya. Dan sesiapa yang membenci golongan fasik, maka dia telah membenci kerana Allah SWT. Dan Allah SWT benci (seseorang) kerananya.))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 62, hadis nombor 273. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الجهاد أربع: أمر بالمعروف، ونهي عن المنكر، والصدق في مواطن الصبر، وشنآن المنافقين، فمن أمر بالمعروف شد عضد المؤمنين، ومن نهى عن المنكر أرغم أنف الفاسقين، ومن صدق في مواطن الصبر فقد قضى ما عليه، ومن شنأ الفاسقين غضب لله، وغضب الله له)). [حل، ((الضعيفة)) (3514)].

(Lemah)
Daripada ‘Alī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Jihad itu ada empat: Menyuruh ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, bersikap jujur pada tempat-tempat (yang memerlukan) kesabaran, dan kebencian terhadap golongan munafik. Sesiapa yang menyuruh kepada kebaikan, dia akan menguatkan anggota golongan beriman. Dan sesiapa yang mencegah kemungkaran dia akan membinasakan golongan yang fasik. Sesiapa yang jujur pada tempat-tempat (yang menuntut) sabar, sesungguhnya dia telah menyelesaikan tanggungjawabnya. Dan sesiapa yang membenci golongan fasik, maka dia telah membenci kerana Allah SWT. Dan Allah SWT benci (seseorang) kerananya.))
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3514].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.