Hasad merosakkan iman sebagaimana buah yang pahit merosakkan madu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الحسد يفسد الإيمان كما يفسد الصبر العسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hasad merosakkan iman sebagaimana buah yang pahit merosakkan madu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 62, hadis nombor 274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاوية بن حيدة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الحسد يفسد الإيمان كما يفسد الصبر العسل)). [فر، ((الضعيفة)) (3523)].

(Lemah)
Daripada Mu‘āwiyah ibn Haidah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Hasad merosakkan iman sebagaimana buah yang pahit merosakkan madu.))
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3523].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.