Jibril telah datang kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

جاءني جبريل عليه السلام، فقال: إن الله ارتضى هذا الدين لنفسه، ولا يصلحه إلا السخاء وحسن الخلق؛ فأكرموه بهما ما صحبتموه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril telah datang kepadaku, dan ia berkata: Sesungguhnya Allah telah meredai agama ini dengan diriNya sendiri, dan tidak harus (untuk agama ini) melainkan sifat pemurah dan akhlak yang baik, maka muliakanlah agama ini dengan kedua-dua sifat tersebut selama kamu memilikinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 159 hadis nombor 792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: جاءني جبريل عليه السلام، فقال: إن الله ارتضى هذا الذين لنفسه، ولا يصلحه إلا السخاء وحسن الخلق؛ فأكرموه بهما ما صحبتموه.
[ابو نعيم في ((أخبار أصبهان))، والأصبهاني، ((الضعيفة)) (6883)]

(Sangat lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Jibril telah datang kepadaku, dan ia berkata: Sesungguhnya Allah telah meredai agama ini dengan diriNya sendiri, dan tidak harus (untuk agama ini) melainkan sifat pemurah dan akhlak yang baik, maka muliakanlah agama ini dengan kedua-dua sifat tersebut selama kamu memilikinya.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6883]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs