Tiga perkara yang jika seseorang itu memilikinya, maka dia layak untuk mendapat penjagaan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من كن فيه، استحق ولاية الله وطاعته: حلم أصيل يدفع سفه السفيه عن نفسه، وورع صادق يحجزه عن معاصي الله، وخلق حسن يداري به الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang jika seseorang itu memilikinya, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dan kebaikan daripada Allah: Ketenangan yang tulus yang menghalang kebodohan orang yang bodoh daripada dirinya, dan kewarakan yang benar yang menghalangnya daripada bermaksiat kepada Allah serta akhlak yang baik yang dia gunakan untuk bergaul dengan orang ramai.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 159 hadis nombor 791. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثلاث من كن فيه، استحق ولاية الله وطاعته: حلم أصيل يدفع سفه السفيه عن نفسه، وورع صادق يحجزه عن معاصي الله، وخلق حسن يداري به الناس.
[ابن أبي الدنيا في ((الأولياء))، ((الضعيفة)) (6504)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Tiga perkara yang jika seseorang itu memilikinya, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dan kebaikan daripada Allah: Ketenangan yang tulus yang menghalang kebodohan orang yang bodoh daripada dirinya, dan kewarakan yang benar yang menghalangnya daripada bermaksiat kepada Allah serta akhlak yang baik yang dia gunakan untuk bergaul dengan orang ramai.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6504]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.