TEKS BAHASA ARAB
حتم على الله أن لا يستجيب دعوة مظلوم ولأحد قبله مثل مظلمته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Suatu yang pasti ke atas Allah untuk tidak memustajabkan doa orang yang dizalimi (kerana dia juga menzalimi) dan seseorang yang menghadapi kezaliman yang sama seperti yang dia lakukan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 159 hadis nombor 793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: حتم على الله أن لا يستجيب دعوة مظلوم ولأحد قبله مثل مظلمته.
[عد، ((الضعيفة)) (6925/م)]
(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Suatu yang pasti ke atas Allah untuk tidak memustajabkan doa orang yang dizalimi (kerana dia juga menzalimi) dan seseorang yang menghadapi kezaliman yang sama seperti yang dia lakukan.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa'. Lihar Silsilah al-Da‘īfah, no. 6925/م]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.