TEKS BAHASA ARAB
دعها عنك، فإن من القرف التلف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jauhilah ia, sesungguhnya ia adalah dari wabak yang berbahaya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 777, hadis nombor 3983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن فروة بن مسيك – رضي الله عنه -، قال: قلت: يا رسول الله! أرض عندنا يقال لها: أرض أبين، هي أرض ريفنا وميرتنا، وإنها وبئة، أو قال: وباؤها شديد؟ فقال النبي ﷺ : ((دعها عنك، فإن من القرف التلف)). [د، حم، ((الضعيفة)) (1720)]
(Lemah) Daripada Farwah bin Masik RA berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ada suatu tempat yang diberi nama Abyan, ia adalah tempat yang penuh dengan tanaman dan tempat mengumpulkan makanan. Ia tempat yang terkena wabak atau dia berkata: Wabaknya dahsyat? Nabi SAW bersabda: Jauhilah ia, sesungguhnya ia adalah dari wabak yang berbahaya. [Riwayat Abu Daud dalam al-Sunan, Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1720]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.