Mana-mana mukmin yang berjumpa dengan seorang mukmin yang lain serta lalu menipunya dalam jual beli, maka itu dianggap sebagai riba

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أيما مؤمن استرسل إلى مؤمن، فغبنه، كان ‌غبنه ذلك ربا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana mukmin yang berjumpa dengan seorang mukmin yang lain serta lalu menipunya dalam jual beli, maka itu dianggap sebagai riba.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 778, hadis nombor 3984. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ ((أيما مؤمن استرسل إلى مؤمن، فغبنه، كان ‌غبنه ذلك ربا)). [حل، ((الضعيفة)) (1565)]

(Sangat Lemah) Daripada Abi Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana mukmin yang berjumpa dengan seorang mukmin yang lain serta lalu menipunya dalam jual beli, maka itu dianggap sebagai riba. [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1565]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.