Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan apa pun, jangan kamu mencuri

TEKS BAHASA ARAB

لا تشركوا بالله شيئا ولا تسرفوا ولا تزنوا ولا تقتلوا النفس التي حرم الله إلا بالحق. ولا تمشوا ببريء إلى ذي سلطان ليقتله ولا تسحروا ولا تأكلوا الربا، ولا تقذفوا محصنة ولا تولوا للفرار يوم الزحف وأنتم يا يهود عليكم خاصة أن لا تعدوا في السبت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan apa pun, jangan kamu mencuri, janganlah kamu berzina, janganlah kamu membunuh nyawa yang telah diharamkan oleh Allah kecuali kerana sebab yang benar, janganlah kamu berjalan membawa orang yang tidak bersalah kepada penguasa supaya dia dibunuh, janganlah kamu melakukan sihir, janganlah kamu memakan riba, janganlah kamu menuduh perempuan yang suci (bahawa dia berzina) dan janganlah kamu berpaling lari pada hari pertempuran. Dan oleh kerana kamu adalah Yahudi, maka ada kewajipan khusus kepada kami iaitu agar kamu tidak melakukan perkara melampaui pada hari Sabtu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 23, hadis nombor 132. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه النسائي (7/111- 112) والترمذي (2733، 3144) وابن ماجه (3705) مختصراً. وأحمد (4/ 239- 240) والطياليسي (1164) وابن جرير في تفسيره (15/ 115- 116) والطبراني في الكبير (ج8/ رقم 7396) والطحاوي في المشكل (1/ 4-5) والحاكم (1/ 9) والبيهقي في الدلائل (6/ 268) وأبو نعيم في الحلية (5/ 97- 98) من طريق عمرو بن مرة عن عبد الله بن سلمة عن صفوان بن عسال قال: قال يهودي لصاحبه: اذهب بنا إلى هذا النبي قال له صاحبه: لا تقل نبيّ. لو سمعك كان له أربعة أعين. فأتيا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وسألاه عن تسع آيات بينات. فقال لهم لا تشركوا بالله…الحديث وفي آخره: فقبلوا يديه ورجليه وقالوا: نشهد أنك نبي. قال: فما يمنعكم أن تتبعوني؟ قالوا: إن داود دعا بأن لا يزال من ذريته نبي وإنا نخاف إن اتبعناك إن تقتلنا يهود.قال الترمذي: هذا حديث حسن صحيح وقال الحاكم: هذا حديث صحيح لا نعرف له علة بوجه من الوجوه. سمعت أبا عبد الله محمد بن يعقوب الحافظ، ويسأله محمد بن عبيد الله فقال: لم تركا حديث صفوان بن عسال أصلاً؟ فقال: لفساد الطريق إليه.قال الحاكم: إنما أراد أبو عبد الله بهذا حديث عاصم عن زر فإنهما تركا عاصم بن بهدلة فأما عبد الله بن سلمة المرادي. فإنه من كبار أصحاب على وعبد الله. ووافقه الذهبي
قلت: كذا قالو وعبد الله بن سلمة ضعيف الحفظ.قال عمرو بن مرة: كان عبد الله بن سلمة يحدثنا فيعرف وينكر. كان قد كبر. وكذا قال أبو حاتم. وقال البخاري: لا يتابع في حديثه. وقال أبو أحمد الحاكم: ليس حديثه بالقائم. ولذلك قال الحافظ ابن كثير في تفسيره (5/ 124- طبع الشعب) : وهو حديث مشكل، وعبد الله بن مسلمة في حفظه شيء وقد تكلموا فيه ولعله اشتبه عليه التسع الآيات بالعشر الكلمات فإنها وصايا في التوراة. لا تعلق لها بقيام الحجة على فرعون. والله أعلم. أهـ‍. ثم في قول الحاكم أوهام أخرى ذكرتها في إتحاف الناقم بوهم الذهبي والحاكم (رقم 5). والله الموفق

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Nasa’ei (7/111-112), al-Tirmizi (2733, 3144), Ibn Majah (3705) secara ringkas, Ahmad (4/239-240), al-Tayalisi (1164), Ibn Jarir dalam Tafsir beliau (15/115-116), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 8/hadith : 7396), al-Tahawi dalam al-Mushkil (1/4-5), al-Hakim (1/9), al-Baihaqi dalam al-Dala’il (6/268) dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (5/97-98) melalui sanad ‘Amr bin Murrah daripada Abd Allah bin Salamah daripada Safwan bin ‘Assal, katanya: Seorang Yahudi berkata kepada temannya: Pergilah mengetuai kami bertemu Nabi ini’. Temannya pun berkata: Jangan sebut Nabi’. Sekiranya dia mendengarkan kamu, dia memiliki empat mata’. Lalu kami pun pergi bertemu Rasulullah SAW. Mereka berdua pun bertanya Baginda SAW tentang tujuh ayat yang nyata. Setelah itu, Baginda SAW bersabda kepada mereka: "Janganlah kamu mensyirikkan Allah". Dan pada hujung hadith: "Mereka pun mencium kedua tangan dan kami Baginda SAW seraya mereka berkata: ‘Kami bersaksi bahawa engkau adalah seorang Nabi’. Baginda SAW bertanya: Jadi apakah sebab yang menghalang kamu mengikutiku? Mereka menjawab: Sesungguhnya (Nabi) Daud berdoa supaya sentiasa ada daripada kalangan zuriat Baginda SAW seorang Nabi. Dan kami juga bimbang jika kami mengikutimu, Yahudi lain akan membunuh kami."
Al-Tirmizi memberi komentar : "Hadith ini hasan sahih". Al-Hakim berkata: "Hadith ini tidak kami ketahui adanya kecacatan dalam mana-mana sudut…saya telah mendengar Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ya’qub al-Hafiz dan Muhammad bin ‘Ubaidillah bertanya kepada beliau, katanya: Mengapa engkau berdua meningganlkan terus hadith Safwan bin ‘Assal? Beliau menjawab: Kerana sanad sampai kepada beliau rosak." Al-Hakim juga berkata: "Maksud Abu ‘Abdillah dengan kenyataan ini adalah hadith ‘Asim daripada Zar, mereka berdua meninggalkan riwayat ‘Asim bin Bahdalah. Adapun Abd Allah bin Salamah al-Muradi, beliau antara murid besar ‘Ali dan Abd Allah…". Dipersetujui juga oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Begitulah yang mereka katakana. Abd Allah bin Salamah seorang yang dha’if hafalannya. ‘Amr bin Murrah berkata: "Abd Allah bin Salamah selalu meriwayatkan hadith kepada kami, lalu ada yang beliau akui da nada yang beliau ingkari, ianya ketika beliau telah tua". Demikian juga kata Abu Hatim. Al-Bukhari berkata: "Hadith beliau tidak ada sokongan". Abu Ahmad al-Hakim pula berkata: "Hadith beliau tidak kuat".
Oleh itu, al-Hafiz Ibn Kathir berkata dalam Tafsir beliau (5/124 – cetakan al-Sha’b): "Ianya hadith yang ada keraguan. Abd Allah bin Maslamah ada sesuatu (bermasalah) pada hafalan beliau, mereka (ulama hadith) telah mempertikaikan beliau. Berkemungkinan beliau tertukar antara Sembilan ayat dan sepuluh kalimah yang menjadi wasiat dalam Taurat. Tidak ada kaitannya dengan menyampaikan hujjah kepada Fir’awn. Wallahua’lam". Kemudian, melalui kata-kata al-Hakim tadi ada kekeliruan lain yang telah saya sebutkan dalam Ithaf al-Naqim Bi Wahm al-Zahabi Wa al-Hakim (hadith: 5). Semoga Allah Pemberi petunjuk.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.