TEKS BAHASA ARAB
يا عياض بن غنم الأشعري! لا تزوجن عجوزا ولا عاقرا؛ فإني مكاثر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai ‘Iyad bin Ghanam al-‘Ash’ari janganlah kamu menikahi wanita yang lemah (tua) atau mandul, sesungguhnya aku ini subur.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 947, hadis nombor 4882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عياض بن غنم الأشعري – رضي الله عنه – مرفوعا: ((يا عياض بن غنم الأشعري! لا تزوجن عجوزا ولا عاقرا؛ فإني مكاثر)).
[الحربي في ((غريب الحديث))، خط، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (4775)].
(Lemah)
Daripada ‘Iyad bin Ghanam al-‘Ash’ari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai ‘Iyad bin Ghanam al-‘Ash’ari janganlah kamu menikahi wanita yang lemah (tua) atau mandul, sesungguhnya aku ini subur.
[Riwayat al-Harbi dalam Gharib al-Hadis, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Tarikh al-Baghdad, al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4775].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.