Ketaatan kepada suami dan menunaikan haknya menyamai (dengan jihad) itu

TEKS BAHASA ARAB

أبلغي من لقيت من النساء أن طاعة الزوج واعترافاً بحقه يعدل ذلك – يعني: الجهاد -، وقليل منكن من يفعله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Engkau sampaikanlah kepada para wanita, sesungguhnya ketaatan kepada suami dan menunaikan haknya menyamai (dengan jihad) itu, namun sedikit daripada kalian yang melakukannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 947, hadis nombor 4888. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: جاءت امرأة إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقالت: يا رسول الله! أنا وافدة النساء إليك، هذا الجهاد كتبه الله على الرجال؛ فإن نصبوا أجروا، وإن قتلوا كانوا أحياء عند ربهم يرزقون، ونحن معشر النساء نقوم عليهم، فما لنا من ذلك؟ قال: فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((أبلغي من لقيت من النساء أن طاعة الزوج واعترافاً بحقه يعدل ذلك – يعني: الجهاد -، وقليل منكن من يفعله)).
[البزار، ((الضعيفة)) (5340)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA telah berkata: Telah datang seorang wanita kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Aku adalah utusan para wanita kepadamu, inilah jihad yang diperintahkan Allah kepada para lelaki. Sekiranya mereka menang ganjarilah mereka, dan sekiranya mereka terbunuh mereka sesungguhnya mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka diberi pembalasan (yang baik). Dan kami (para wanita) ini yang menyokong mereka, apakah bahagian kami?” Maka Nabi SAW bersabda: “Engkau sampaikanlah kepada para wanita, sesungguhnya ketaatan kepada suami dan menunaikan haknya menyamai (dengan jihad) itu, namun sedikit daripada kalian yang melakukannya."
[Riwayat al-Barraz. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5340].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.