Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin yang lapar dan keletihan sehingga kenyang

TEKS BAHASA ARAB

من أطعم مؤمنا حتى يشبعه من سغب أدخله الله بابا من أبواب الجنة لا يدخله إلا من كان مثله .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin yang lapar dan keletihan sehingga kenyang , Allah SWT akan memasukkannya ke dalam mana-mana pintu syurga.Tidak ada yang masuk ke dalamnya melainkan orang yang sama sepertinya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 910, hadis nombor 4653. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه – قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أطعم مؤمنا حتى يشبعه من سغب أدخله الله بابا من أبواب الجنة لا يدخله إلا من كان مثله . [طب ومسند الشاميين, عد, الضعيفة (6747)]

(Sangat lemah) Daripada Mu’az Bin Jabal RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin yang lapar dan keletihan sehingga kenyang , Allah SWT akan memasukkannya ke dalam mana-mana pintu syurga.Tidak ada yang masuk ke dalamnya melainkan orang yang sama sepertinya. [Al-Tabrani didalam Al-Mu’jam Al-Kabir dan Musnad Al-Syamiyyin, Ibn ‘Adiy di dalam Al-Kamil fi Al-Dhu’afa. Al-Dhaifah no. 6747].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs