Ibu bapa Nabi SAW dihidupkan lalu mereka beriman kepada baginda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إحياء أبوي النبي صلى الله عليه وسلم حتى آمنا به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ibu bapa Nabi SAW dihidupkan lalu mereka beriman kepada baginda.

STATUS

Sanadnya lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 91, hadis nombor 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: "إحياء أبوي النبي صلى الله عليه وسلم حتى آمنا به".
أخرجه بعضهم بإسناد ضعيف.

Dan hadis: "Ibu bapa Nabi SAW dihidupkan lalu mereka beriman kepada baginda".
Sebahagian mereka meriwayatkannya dengan sanad yang dhaif.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.