TEKS BAHASA ARAB
ما اجتمع الحلال والحرام إلا غلب الحلال على الحرام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika hukum halal dan haram itu telah berkumpul antara keduanya, maka adalah yang lebih utama itu pada yang halal daripada yang haram.
STATUS
Tiada asal baginya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 111, hadis nombor 116. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قَالَ الْعِرَاقِيُّ: لَا أَصْلَ لَهُ.
Imam al-‘Iraqi mengatakan hadis ini adalah tidak ada asalnya.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.