TEKS BAHASA ARAB
الأحاديث التي يذكر فيها حياة الخضر عليه السلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadis-hadis yang menyebutkan tentang hidupnya Khadir AS.
STATUS
Dusta
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 79-80, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها: الأحاديث التي يذكر فيها حياة الخضر عليه السلام.
قال ابن القيم: ومنها – أي الموضوعات – الأحاديث التي يذكر فيها الخضر وحياته، كلها كذب. وقال ابن عطية: روى النقاش أخبارا كثيرة تدل على بقائه لا يقوم بشيء منها حجة.
وقال الجلال السيوطي: وأما الخضر فأئمة الحديث لا يثبتون له وجودا، وما يروى في حقه من الأحاديث رواه في ديوان الموضوعات معدودا.
Antaranya lagi: Hadis-hadis yang menyebutkan tentang hidupnya Khadir AS.
Ibn al-Qayyim telah berkata: Antaranya juga – iaitu hadis palsu – ialah hadis-hadis yang disebutkan padanya tentang Khadir dan kehidupannya, kesemuanya adalah dusta. Ibn ‘Atiyyah telah berkata: Al-Naqqash meriwayatkan khabar-khabar yang banyak berkenaan kekalnya (hidup) Khadir, namun tiada hujah yang tertegak dengan suatupun daripadanya. Al-Jalal al-Suyuti telah berkata: Adapun berkenaan Khadir, maka para imam hadis tidak mensabitkan kewujudannya. Manakala apa yang diriwayatkan daripada hadis-hadis tentangnya adalah diriwayatkan dalam koleksi hadis palsu secara terhad.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.