Hukuman yang aku jatuhkan kepada seseorang, bererti hukuman kepada semua

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حكمي على الواحد حكمي على الجماعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hukuman yang aku jatuhkan kepada seseorang, bererti hukuman kepada semua.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 13, hadis nombor 121. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له بهذا اللفظ.
كما قال الحافظ العراقي في تخريج أحاديث المنهاج للبيضاوي (293). وتبعه عليه السخاوي في المقاصد (192) والعجلوني في كشف الخفا (1/ 436) ونقله عن ابن قاسم العبادي في شرح الورقات الكبير وكذا نقل ملا علي القارئ في المصنوع (ص 95) .وقال الزركشي في الدرر : لا يعرف. وقال في المعتبر (157) : لا يعرف بهذا اللفظ. وقال الحافظ ابن كثير تحفة الطالب (286) : لم أر بهذا قط سنداً. وسألت عنه شيخنا الحافظ جمال الدين أبا الحجاج المزي وشيخنا الحافظ، أبا عبد الله الذهبي مراراً، فلم يعرفا بالكلية وقال الحافظ ابن حجر في موافقة الخُبر الخَبر (ق 129 / 2) : وقال السبكي أنه سأل الذهبي عنه، فلم يعرفه.
قلت: ولكن معناه ثابت كما قال الزركشي، فقد أخرج مالك (2/ 982- 2) والسياق له والنسائي في السنن (7/ 149) وفي التفسير والسير كما في ((أطراف المزي)) (11/ 269) والترمذي (1597) وابن ماجة (2874) مختصراً وأحمد (6/ 357) والحميدي (341) والطياليسي (1621) وابن حبان (14) والدارقطني (4/ 146، 147) والطبري في تفسيره (28/ 52، 53) والحاكم (4/ 71) والبيهقي (8/148) من طرق عن محمد بن المنكدر عن أميمية بنت رقيقة أنها قالت: أتيت رسول الله صلى الله عَلَيهِ وآله وسلم في نسوة يبايعنه على الإسلام. فقلن: يا رسول الله نبايعك على أن لا نشرك بالله شيئاً ولا نسرق، ولا نزني، ولا نقتل أولادنا، ولا نأتي ببهتان نفتريه بَينَ أيدينا وأرجلنا ولا نعصيك في معروف. فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: في ما استطعتن، وأطقتن . قالت: فقلن: الله ورسوله أرحم بنا من أنفسنا. هلم بيايعك يا رسول الله فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: إني لا أصافح النساء، أنما قولي لمائة أمراة، كقولي لإمراة واحدة، أو مثل قولي لأمرأة واحد. ومن هذا الوجه أخرجه عبد الرزاق في المصنف (6/ 7/ 9826) ، والطبراني في الكبير (ج 24/ رقم 470، 471، 472، 473، 476) . وقد رواه عن ابن المنكدر جماعة منهم: سفيان الثوري، وابن عيينة ومالك وورقاء بن عمر اليشكري ومحمد بن إسحاق، وعمرو بن الحارث، وغيرهم . قال الترمذي: هذا حديث حسن صحيح لا نعرفه إلا من حديث محمد بن المنكدر. وسألت محمد عن هذا الحديث، فقال: لا أعرف لأميمة بنت رقيقة غير هذا الحديث.
قلت: والشاهد من هذا الحديث يقع في الجملة الأخيرة منه. وهو يؤدي معنى حديث الباب. والله أعلم.

Tidak ada asalnya dengan lafaz ini. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Hafiz al-‘Iraqi dalam Takhrij Ahadith al-Minhaj oleh al-Baidhawi (293). Diikuti oleh al-Sakhawi dalam al-Maqasid (192), al-‘Ijluni dalam Kashf al-Khafa (1/436), beliau juga menukilkannya daripada Ibn Qasim al-‘Abbadi dalam Syarh al-Waraqat al-Kabir.
Demikian juga dinukilkan oleh Mulla ‘Ali al-Qari dalam al-Masnu’ (hlmn 95). Al-Zarkashi dalam al-Durar berkata: "Tidak diketahui". Dalam al-Mu’tabar (157) pula beliau berkata: "Tidak diketahui dengan lafaz ini". Al-Hafiz Ibn Kathir berkata dalam Tuhfah al-Talib (286): "Saya tidak pernah melihat pun hadith lafaz ini secara bersanad. Saya telah bertanya tentang hadith ini kepada guru kami al-Hafiz Jamal al-Din Abu al-Hajjaj al-Mizzi dan guru kami al-Hafiz Abu Abd Allah al-Zahabi beberapa kali, namun mereka berdua tidak mengetahuinya langsung". Al-Hafiz Ibn Hajar berkata dalam Muwafaqah al-Khubr al-Khabar (hlm. 129/2): "al-Subki berkata bahawa beliau pernah bertanya al-Zahabi tentang hadith tersebut, namun al-Zahabi tidak mengetahuinya".
Saya berkata: Namun, maknanya thabit sebagaimana kata al-Zarkashi. Ianya telah dikeluarkan oleh Malik (2/982 -2), dengan lafaz oleh beliau, al-Nasa’ei dalam al-Sunan (7/149), juga dalam al-Tafsir dan al-Siyar sebagaimana dalam Atraf al-Mizzi (11/269), al-Tirmizi (1597), Ibn Majah (2874) secara ringkas, Ahmad (6/357), al-Humaidi (341), al-Tayalisi (1621), Ibn Hibban (14), al-Daraqutni (4/146, 147), al-Tabari dalam Tafsir beliau (28/52, 53), al-Hakim (4/71) dan al-Baihaqi (8/148) melalui sanad Muhammad bin al-Munkadir daripada Umaymiyah binti Raqiqah, bahawa beliau berkata: Saya pernah datang menemui Rasulullah SAW bersama wanita-wanita yang berbai’ah dengan Baginda SAW atas Islam. Mereka pun berkata: "Wahai Rasulullah! Kami berbai’ah kepada anda agar kami tidak syirikkan Allah, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kami dan kami tidak melakukan pendustaan dengan tangan dan kaki kami, kami tidak akan menderhakaimu dalam perkara kebaikan". Rasulullah SAW bersabda: "Terhadap perkara yang kamu mampu dan kamu dapat laksanakan". Umaimiyah berkata: Lalu mereka berkata: " Allah dan RasulNya lebih mengasihi kami berbanding diri kami. Mari kami berbai’ah kepadamu, wahai Rasulullah!. Lantas Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan perempuan. Kata-kata ku kepada seratus orang perempuan, seperti kataku kepada seorang perempuan atau seperti kataku kepada seorang wanita".
Juga melalui sanad ini turut dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (6/7/9826), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 24/hadith : 470, 471,472, 473, 476). Hadith tersebut juga telah diriwayatkan oleh sekumpulan perawi daripada Ibn al-Munkadir, antaranya Sufyan al-Thawri, Ibn ‘Uyainah, Malik, Waraqa’ bin ‘Umar al-Yashkuri, Muhammad bin Ishaq, ‘Amr bin al-Harith dan lain-lain. Al-Tirmizi berkata: "Hadith ini hasan sahih, tidak kami ketahuinya melainkan daripada hadith Muhammad bin al-Munkadir, Saya telah bertanya Muhammad tentang hadith ini, lalu beliau menjawab: ‘Tidak aku ketahui bagi Umaimah binti Raqiqah selain hadith ini".
Saya berkata: Sokongan melalui hadith ini terletak pada bahagian akhir hadith tersebut, ianya menyokong makna hadith dalam bab ini. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.