Kuning adalah pewarna uban bagi orang beriman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الصفرة خضاب المؤمن والحمرة خضاب المسلم والسواد خضاب الكافر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kuning adalah pewarna uban bagi orang beriman. Merah pula pewarna uban bagi orang muslim manakala hitam pula adalah pewarna uban bagi orang kafir.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 15, hadis nombor 123. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل.
أخرجه الحاكم (3/ 526) من طريق داود بن رشيد، ثنا إسماعيل بن عياش، حدثني سالم بن عبد الله الكلاعي، عن أبي عبد الله القرشي، قال: دخل عبد الله بن عمر على عبد الله بن عمرو، وقد سود لحيته. فقال عبد الله بن عمر: السلام عليك أيها الشويب!! . فقال له ابن عمر: أما تعرفني يا أبا عبد الرحمن؟! ‍قال: بلى أعرفك شيخاً، فأنت اليوم شاب ‍‍‍‍. أني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: الصفرة… الحديث.
وأخرجه الحكيم الترمذي في المنهيات (101) من طريق إسماعيل بن عياش بسنده سواء لكنه لم يذكر القصة واقتصر على المرفوع منه. والحديث سكت عنه الحاكم فقال الذهبي: حديث منكر والقرشي نكرة . وقال العراقي في المغني (1/ 143) . قال ابن أبي حاتم منكر. وعزاه الهيثمي في المجمع (5/ 163) للطبراني وقال: فيه من لم أعرفه.
قلت: وسالم بن عبد الله الكلابي.
قال الذهبي: سالم بن عبد الله الكلابي، عن بعض التابعين فذكر خبراً باطلا في الخضاب وهو يعني به حديث الباب. وظاهر كلام الذهبي رحمه الله أن سالم بن عبد الله مسؤول عن هذا الخبر، مع أن عبارة أبي حاتم – منها يلخص الذهبي تفيد غير ذلك.
ففي الجرح والتعديل (2/ 1/ 185- 186) : سالم بن عبد الله الكلابي، روى عن أبي عبد الله القرشي عن أبي عمر، عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم أنه قال: فذكر الحديث.. ثم قال أبو حاتم: وهو حديث منكر، شبه الموضوع، وأحسبه من أبي عبد الله القرشي الذي لم يسم أ. هـ‍.
وبعد كتابة ما تقدم، اطلعت على لسان الميزان للحافظ، فوجدته قال بنحو ما قلت، ثم قال (3/5) : وقد أوضح – يعني أبو حاتم – أن الذنب لغير سالم، ولكن هذا آفة الإجحاف في الاختصار أن يضعف المؤلف يعني الذهبي الثقة وهو لا يدري، وأن جعل الواحد أثنين . أ. هـ‍.
قلت: يشير الحافظ إلى أن سالم بن عبد الله الكلابي: هو سالم بن عبد الله الجزري، أبو المهاجر، مولى بني كلاب، وقد وثقه أحمد وابن حبان، وقال أبو حاتم: لا بأس به. وقد أصاب الحافظ في ذلك، فهما واحد. والله أعلم.
فالحاصل أن آفة هذا الحديث هي من أبي عبد الله القرشي، فإنه مجهول لا يعرف. والله أعلم.

Batil. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Hakim (3/526) melalui sanad Daud bin Rashid, katanya Isma’il bin ‘Ayyash telah menceritakan kepada kami, katanya Salim bin ‘Abdillah al-Kilabi telah menceritakan kepada saya daripada Abu ‘Abdillah al-Qurashi, katanya: Abd Allah bin ‘Umar telah masuk menemui Abd Allah bin ‘Amr, ketika itu Abd Allah bin ‘Amr telah mewarnakan hitam janggutnya. Lalu Abd Allah bin ‘Umar pun berkata: "Salam sejahtera kepada kamu, wahai pemuda kecil!" Ibn ‘Amr pun bertanya: "Kamu tidak kenalkah kepadaku, wahai Abu ‘Abd al-Rahman?". Ibn ‘Umar berkata: "Bahkan, aku mengenalimu sebagai seorang lelaki tua, namun hari ini kamu telah menjadi pemuda. Aku telah mendengar Rasulullah bersabda: "Kuning adalah…".
Al-Hakim al-Tirmizi juga telah mengeluarkannya dalam al-Munhiyat (101) melalui sanad Isma’il bin ‘Ayyash dengan sanadnya yang sama tetapi tidak menyebutkan kisah itu, sebaliknya hanya menyebutkan hadith yang marfu’. Al-Hakim tidak memberikan apa-apa komentar terhadap hadith tersebut, lalu al-Zahabi berkata: "Hadith munkar, al-Qurashi seorang yang diinkari". Al-‘Iraqi berkata dalam al-Mughni (1/143): "Ibn Abi Hatim berkata: ‘Munkar’". Al-Haythami dalam al-Majma’ (5/163) telah menyandarkan hadith tersebut kepada al-Tabarani seraya al-Haythami berkata: "Dalam sanadnya terdapat perawi tidak saya kenali".
Saya berkata: Salim bin ‘Abdillah al-Kilabi. Al-Zahabi berkata: "Salim bin ‘Abdillah al-Kilabi meriwayatkan daripada sebahagian tabi’in, lalu beliau menyebutkan khabar yang batil berhubung mewarnakan uban". Beliau maksudkan hadith dalam bab ini. Zahir kalam al-Zahabi RH adalah Salim bin ‘Abdillah lah yang bertanggungjawab terhadap hadith ini, sedangkan ungkapan Abu Hatim – yang diringkaskan oleh al-Zahabi tidak menunjukkan sedemikian.
Dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (2/1/185-186) menyebutkan: "Salim bin ‘Abdillah al-Kilabi, beliau telah meriwayatkan daripada Abu ‘Abdillah al-Qurash daripada Abu ‘Umar daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW bersabda", lalu Abu Hatim menyebutkan hadith tersebut, kemudian Abu Hatim berkata: "Ianya hadith yang munkar, seakan-akan palsu. Saya menyangka ianya berpunca daripada Abu ‘Abdillah al-Qurashi yang tidak disebutkan nama". Setelah menulis sebagaimana yang lepas, saya menelaah Lisan al-Mizan karangan al-Hafiz lalu saya menemui seperti yang saya telah katakan. Kemudian beliau berkata (3/5): "Beliau iaitu Abu Hatim telah menjelaskan bahawa kesalahan tersebut bukan pada Salim, namun kecacatan ini berpunca kerana ringkasan –nukilan – hingga penulis – al-Zahabi menilai dha’if perawi yang thiqah dalam keadaan beliau tidak sedar dan membuat seorang perawi menjadi dua".
Saya berkata: al-Hafiz isyaratkan kepada Salim bin ‘Abdillah al-Kilabi, beliau adalah Salim bin ‘Abdillah al-Jazari, Abu al-Muhajir mawla Bani Kilab, Beliau telah dinilai thiqah oleh Ahmad dan Ibn Hibban. Abu Hatim pula berkata: "Beliau tidak ada masalah". Al-Hafiz betul dalam hal ini, kerana mereka berdua adalah perawi yang sama. Wallahua’lam.
Kesimpulannya, punca kecacatan hadith ini adalah melalui Abu ‘Abdillah al-Qurashi, kerana beliau seorang yang majhul lagi tidak dikenali. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.