TEKS BAHASA ARAB
إذا قرب إلى أحدكم طعام وهو صائم؛ فليقل: باسم الله، والحمد لله، اللهم! لك صمت، وعلى رزقك أفطرت، وعليك توكلت، سبحانك وبحمدك، تقبله مني، إنك أنت السميع العليم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika salah seorang daripada kamu didatangi makanan dan dia sedang berpuasa, maka bacalah: Dengan nama Allah, dan segala pujian bagi Allah. Ya Allah! Kerana-Mu aku berpuasa, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka, dan ke atas-Mu aku bertawakkal. Maha Suci Engkau dan segala puji untuk-Mu, terimalah dariku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
STATUS
Sangat munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1572, hadis nombor 7959. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا)
عن أنس-رضي الله عنه- قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إذا قرب إلى أحدكم طعام وهو صائم؛ فليقل: باسم الله، والحمد لله، اللهم! لك صمت، وعلى رزقك أفطرت، وعليك توكلت، سبحانك وبحمدك، تقبله مني، إنك أنت السميع العليم)). [الشجري، ((الضعيفة)) (6996)].
(Sangat munkar)
Daripada Anas RA, beliau berkata: baginda SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kamu didatangi makanan dan dia sedang berpuasa, maka bacalah: Dengan nama Allah, dan segala pujian bagi Allah, Ya Allah! Kerana-Mu aku berpuasa, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka, dan ke atas-Mu aku bertawakkal. Maha Suci Engkau dan segala puji untuk-Mu, terimalah dariku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Riwayat al-Shajari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6996].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.