TEKS BAHASA ARAB
ما تلف مال في بر ولا بحر إلا بحبس الزكاة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada harta yang binasa di darat mahupun laut kecuali ia (binasa disebabkan) zakat yang tidak ditunaikan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 864, hadis nombor 4412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبادة بن الصامت -رضي الله عنه- مرفوعا به: ((ما تلف مال في بر ولا بحر إلا بحبس الزكاة)). [طس، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (575)].
(Munkar)
Daripada Ubadah bin al-Somit RA secara marfu’: “Tidak ada harta yang binasa di darat mahupun laut kecuali ia (binasa disebabkan) zakat yang tidak ditunaikan.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn Abi Hatim dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 575].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.