Tidak diciptakan wali Allah kecuali bersifat dengan sifat pemurah dan berakhlak baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما جبل ولي الله إلا على السخاء وحسن الخلق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak diciptakan wali Allah kecuali bersifat dengan sifat pemurah dan berakhlak baik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 864, hadis nombor 4413. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((ما جبل ولي الله إلا على السخاء وحسن الخلق)). [أبو القاسم القشيري في ((الأربعين))، الفلاكي في ((الفوائد))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (622)].

(Palsu)
Daripada Aisyah RA secara marfu’: “Tidak diciptakan wali Allah kecuali bersifat dengan sifat pemurah dan berakhlak baik.”
[Riwayat Abu al-Qasim al-Qusyairi dalam al-Arbain, al-Falaki dalam al-Fawaid, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 622].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.