Boleh jadi kamu akan membuka (menakluk) negara-negara yang besar selepas kewafatanku

TEKS BAHASA ARAB

لعلكم ستفتحون بعدي مدائن عظاما، وتتخذون في أسواقها مجالس، فإذا كان ذلك؛ فردوا السلام، وغضوا أبصاركم، واهدوا الأعمى، وأعينوا المظلوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Boleh jadi kamu akan membuka (menakluk) negara-negara yang besar selepas kewafatanku, dan kamu akan menjadikan pasar-pasarnya sebagai tempat untuk mengadakan majlis. Sekiranya keadaannya begitu, maka ucapkanlah salam, tundukkanlah pandangan kamu, tunjukkanlah jalan kepada orang yang buta, serta bantulah orang yang dizalimi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 226, hadis nombor 1200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن وحشي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لعلكم ستفتحون بعدي مدائن عظاما، وتتخذون في أسواقها مجالس، فإذا كان ذلك فردوا السلام وغضوا أبصاركم، واهدوا الأعمى وأعينوا المظلوم)). [طب، ((الضعيفة)) (5937)]

(Lemah)
Daripada Wahsyi RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Boleh jadi kamu akan membuka (menakluk) negara-negara yang besar selepas kewafatanku, dan kamu akan menjadikan pasar-pasarnya sebagai tempat untuk mengadakan majlis. Sekiranya keadaannya begitu, maka ucapkanlah salam, tundukkanlah pandangan kamu, tunjukkanlah jalan kepada orang yang buta, serta bantulah orang yang dizalimi.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5937]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs