Hari Jumaat ialah solat secara kesuluruhannya

TEKS BAHASA ARAB

وم الجمعة صلاة كله ما من عبد مؤمن قام إذا استقلت الشمس وارتفعت قدر رمح أو أكثر من ذلك فتوضأ ثم أسبغ الوضوء فصلى سبحة الضحى ركعتين إيمانا واحتسابا إلا كتب الله له مائتي حسنة ومحا عنه مائتي سيئة. ومن صلى أربع ركعات رفع الله له في الجنة أربعمائة درجة، ومن صلى ثمان ركعات رفع الله له في الجنة ثمانمائة درجة وغفر له ذنوبه كلها ومن صلى اثنتي عشرة ركعة كتب الله له ألفين ومائتي حسنة ومحا عنه ألفي ومائتي سيئة ورفع له في الجنة ألفي ومائتي درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hari Jumaat ialah solat secara kesuluruhannya, tiada mana-mana daripada kalangan hamba yang beriman apabila tegaknya matahari dan tingginya dengan kadar lembing atau lebih sedikit daripadanya, lalu dia berwuduk. Kemudian dia memperelokkan wuduknya, lalu dia solat sunat duha sebanyak dua rakaat dengan penuh keimanan dan pengharapan melainkan Allah SWT akan menulis baginya dua ratus kebaikan dan diampunkan baginya dua ratus kejahatan. Dan sesiapa yang solat sebanyak empat rakaat maka Allah SWT akan mengangkatnya di syurga dengan empat ratus darjat, dan sesiapa yang solat sebanyak lapan rakaat maka Allah SWT akan mengangkatnya di syurga sebanyak lapan ratus darjat, dan diampunkan baginya keseluruhan dosanya. Dan sesiapa yang solat sebanyak 12 rakaat maka Allah SWT akan menulis baginya dua ribu dua ratus kebaikan dan diampunkan baginya dua ribu dua ratus kejahatan serta diangkatnya di syurga sebanyak dua ribu dua ratus darjat.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ يَوْمِ الْجُمُعَةِ صَلاةٌ كُلِّهُ مَا مِنْ عَبْدٍ مُؤْمِنٍ قَامَ إِذَا اسْتَقَلَّتِ الشَّمْسُ وَارْتَفَعَتْ قَدْرَ رُمْحٍ أَوْ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ أَسْبَغَ الْوُضُوءَ فَصَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا إِلا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ مِائَتَيْ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ مِائَتَيْ سَيِّئَةٍ. وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ رَفَعَ اللَّهُ لَهُ فِي الْجنَّة أَرْبَعمِائَة دَرَجَةٍ، وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِ رَكْعَاتٍ رَفَعَ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ ثَمَانمِائَة دَرَجَةٍ وَغَفَرَ لَهُ ذُنُوبَهَ كُلَّهَا وَمَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَيْنِ وَمَائَتَيْ حَسَنَة ومحا عَنهُ ألفي وَمِائَتَيْ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ فِي الْجَنَّةِ أَلْفَيْ وَمِائَتَيْ دَرَجَةٍ.
ذَكَرَهُ الْغَزَالِيُّ مِنْ رِوَايَةِ عَلِيٍّ. قَالَ الْعِرَاقِيُّ: لَمْ أَجِدْ لَهُ أَصْلا وَهُوَ بَاطِل.

Hadis:
يَوْمِ الْجُمُعَةِ صَلاةٌ كُلُّهُ مَا مِنْ عَبْدٍ مُؤْمِنٍ قَامَ إِذَا اسْتَقَلَّتِ الشَّمْسُ وَارْتَفَعَتْ قَدْرَ رُمْحٍ أَوْ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ أَسْبَغَ الْوُضُوءَ فَصَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا إِلا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ مِائَتَيْ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ مِائَتَيْ سَيِّئَةٍ. وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ رَفَعَ اللَّهُ لَهُ فِي الْجنَّة أَرْبَعمِائَة دَرَجَةٍ، وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِ رَكْعَاتٍ رَفَعَ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ ثَمَانمِائَة دَرَجَةٍ وَغَفَرَ لَهُ ذُنُوبَهَ كُلَّهَا وَمَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَيْنِ وَمَائَتَيْ حَسَنَة ومحا عَنهُ ألفي وَمِائَتَيْ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ فِي الْجَنَّةِ أَلْفَيْ وَمِائَتَيْ دَرَجَةٍ.
“Hari Jumaat ialah solat secara kesuluruhannya, tiada mana-mana daripada kalangan hamba yang beriman apabila tegaknya matahari dan tingginya dengan kadar lembing atau lebih sedikit daripadanya, lalu dia berwuduk. Kemudian dia memperelokkan wuduknya, lalu dia solat sunat duha sebanyak dua rakaat dengan penuh keimanan dan pengharapan melainkan Allah SWT akan menulis baginya dua ratus kebaikan dan diampunkan baginya dua ratus kejahatan. Dan sesiapa yang solat sebanyak empat rakaat maka Allah SWT akan mengangkatnya di syurga dengan empat ratus darjat, dan sesiapa yang solat sebanyak lapan rakaat maka Allah SWT akan mengangkatnya di syurga sebanyak lapan ratus darjat, dan diampunkan baginya keseluruhan dosanya. Dan sesiapa yang solat sebanyak dua belas rakaat maka Allah SWT akan menulis baginya dua ribu dua ratus kebaikan dan diampunkan baginya dua ribu dua ratus kejahatan serta diangkatnya di syurga sebanyak dua ribu dua ratus darjat.”
Hadis ini disebutkan oleh al-Ghazali daripada riwayat Ali. Kata al-‘Iraqi: Aku tidak mendapati padanya asal dan ia ialah hadis yang batil.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs