Hari Arafah itu adalah hari manusia saling berhimpun di Arafah

TEKS BAHASA ARAB

عرفة يوم يعرف الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hari Arafah itu adalah hari manusia saling berhimpun di Arafah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 742, hadis nombor 3798. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالعزيز بن عبدالله بن خالد بن أسيد مرفوعا: ((عرفة يوم يعرف الناس)). [الحارث، قط، فر، ((الضعيفة)) (3863)]

(Lemah)
Daripada Abdul Aziz bin Abdullah bin Khalid bin Usaid secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hari Arafah itu adalah hari manusia saling berhimpun di Arafah.
[Riwayat al-Haris, al-Daraqutni dalam Sunannya dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3863]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.