TEKS BAHASA ARAB
ساعة في سبيل الله خير من سبعين حجة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berperang di jalan Allah itu walau hanya seketika lebih baik daripada mengerjakan 70 kali ibadat haji.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 742, hadis nombor 3797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ساعة في سبيل الله خير من سبعين حجة)). [فر، ((الضعيفة)) (3682)]
(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berperang di jalan Allah itu walau hanya seketika lebih baik daripada mengerjakan 70 kali ibadat haji.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3682]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.