TEKS BAHASA ARAB
على الركن اليماني ملك موكل به منذ خلق الله السماوات والأرض، فإذا مررتم به فقولوا: {ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار} فإنه يقول: آمين آمين!.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Di atas Rukun Yamani ada malaikat yang diwakilkan baginya sejak Allah menciptakan langit dan bumi, jika kamu melewatinya maka sebutkanlah: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat serta jauhkanlah kami daripada api neraka.” Malaikat itu akan berkata: "Amin, amin!”.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 742, hadis nombor 3799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((على الركن اليماني ملك موكل به منذ خلق الله السماوات والأرض، فإذا مررتم به فقولوا: {ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار} فإنه يقول: آمين آمين!)). [حل، خط، الجرجاني، ابن الجوزي في ((منهاج القاصدين))، ((الضعيفة)) (3873)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Di atas Rukun Yamani ada malaikat yang diwakilkan baginya sejak Allah menciptakan langit dan bumi, jika kamu melewatinya maka sebutkanlah: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat serta jauhkanlah kami daripada api neraka.” Malaikat itu akan berkata: "Amin, amin!”.
[Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Jurjani dan Ibn al-Jauzi dalam Minhaj al-Qasidin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3873]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.